Ni apa ceritanya kat sini?

Salji : Lelaki Terperangkap Dua Bulan Dalam Kereta Diselamatkan


STOCKHOLM 19 Feb. - Seorang lelaki akhirnya diselamatkan selepas terperangkap di dalam kereta yang dilitupi salji selama dua bulan di sebuah hutan terpencil, utara Sweden, lapor polis semalam. 

"Kami menerima maklumat yang seorang mangsa terperangkap di dalam kereta yang dilitupi salji di kawasan hutan itu, kira-kira 1.5 kilometer dari jalan utama," kata Ebbe Nyberg, seorang pegawai bertugas di wilayah Vaesterbotten. 

Jelasnya, seorang lelaki yang memandu jentolak salji ternampak bahagian atas kereta di sebatang jalan di hutan terbiar itu, tidak jauh dari bandar Umea di selatan Bulatan Artik. 

"Dia perasaan sesuatu bergerak dan menyedari ada orang terperangkap di dalam kereta itu lalu menghubungi pihak polis," ujar Nyberg. 

Pasukan keselamatan dan ambulans bergegas ke tempat kejadian. 

Mereka terkejut melihat mangsa yang berusia pertengahan 40-an itu, berselimut di dalam beg tidurnya dalam keadaan yang teruk, kelaparan serta tidak dapat bergerak atau bercakap. 

Kata Nyberg, pihaknya masih belum pasti berapa lama mangsa terperangkap, namun menyatakan kereta tersebut dipandu ke kawasan hutan itu sebelum salji tebal melanda. 

"Mangsa mendakwa dia berlapar sejak Disember lalu, jadi kami rasa dia berada di kawasan itu pada Disember atau mungkin lebih awal," katanya sambil memberitahu suhu di kawasan itu kini turun sehingga 30 darjah Celsius di bawah paras beku. 

Jelasnya, mangsa kini berada di Hospital Universiti Norrlands untuk menerima rawatan. - AFP 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...