Ni apa ceritanya kat sini?

Tupai Ungu Cetus Sensasi Di Internet

SEEKOR tupai berwarna ungu yang diperangkap Percy Emert dan 
isterinya Connie di taman milik mereka di negeri Pennsylvania. 


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tupai ungu yang dijerat sepasang suami isteri di AS mencetuskan sensasi di internet berhubung persoalan bagaimana haiwan tersebut mendapat warna pelik itu. 

"Kami pun tidak tahu. Namun, ia benar-benar berwarna ungu. Ada orang mendakwa kami mencelup warna tersebut tetapi secara jujur, kami menemui tupai ini dan ia ungu," kata Percy Emert yang menemui mamalia berkenaan bersama isterinya, Connie. 

Kata mereka, tupai itu memasuki perangkap pada Ahad lalu. Menurut laman web accuweather.com, pasangan berkenaan memasang perangkap di taman milik mereka di negeri Pennsylvania bagi melindungi burung peliharaan daripada haiwan pemangsa. 

Mengulas tentang fenomena tersebut, seorang ahli meteorologi AS, Dan Kottlowski berkata: "Tupai jantan itu mungkin telah terjatuh ke dalam cat ungu." 

Namun, pendapat tersebut disangkal oleh seorang komentator lain yang memberikan penjelasan lebih saintifik. 

"Warna ungu itu merupakan sebatian bromida yang dilihat pada spesies moluska dan jarang didapati pada haiwan darat. 

"Tupai tersebut memiliki terlalu banyak bromida dalam sistem badan, berkemungkinan besar kerana ia meminum air daripada sumber air dicemari bromida. Ini bermakna alam sekitar kita sudah tercemar dan ramai orang akan mendapat barah pundi kencing kelak," katanya. - AFP 




No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...