Tweet |
JAKARTA - Coklat rasa cabai yang pedas, rasa jamu dan rasa serunding daging mungkin kedengaran aneh tetapi ia telah ada di pasaran Indonesia.
Sebagai tarikan, coklat keluaran beberapa industri kecil dan sederhana di republik itu menggunakan jenama berciri tempatan seperti 'Monggo', 'Coklat Tolak Miskin' dan 'Sesuwatu Banged', demikian dilaporkan akhbar mingguan Kompas, Ahad.
Kreativiti pengeluar dalam mempromosi ciri-ciri tempatan turut kelihatan dalam pemasarannya seperti iklan yang memaparkan sepasang nenek dan datuk dari sebuah kampung yang sedang tertawa sambil menggenggam sebatang coklat berjenama tempatan di tangan.
Laporan itu menyebut coklat berjenama Monggo keluaran Kotagede, Yogyakarta misalnya yang dimulakan sejak tahun 2003, mengeluarkan coklat rasa cabai dan halia, dan dianggap perintis dalam perusahaan coklat berciri tempatan yang berkualiti baik.
Keluaran Monggo kini mencapai lima tan coklat sebulan dengan hasil jualan berjumlah Rp5 bilion setahun.
Sementara itu perusahaan coklat di Garut, Jawa Barat yang dimulakan pada 2009 mengeluarkan coklat dengan nama 'Chocodot' iaitu gabungan kata coklat dan dodol yang merupakan penganan khas Garut.
Chocodot memadukan coklat dengan dodol, aneka biji kopi nusantara, kurma hingga serunding daging dan serunding ikan.
Sambutan hangat terhadap Chocodot oleh pelancong yang melawat Garut telah mendorong pengusaha lain untuk mengikuti jejaknya seperti Coklat Roslyn keluaran Restoran Cibiuk dan Chocdol keluaran pengusaha Dodol Picnic.
Coklat Roslyn misalnya memadukan coklat dengan 'kremes' iaitu penganan goreng yang dibuat daripada parutan ubi keledek dan gula, manisan buah-buahan, hingga kerepek jagung.
Di Yogyakarta juga, pendatang terbaru pada akhir tahun 2010 ialah 'Coklat Roso' yang mengeluarkan coklat rasa jamu seperti beras kencur, kunyit dan gula asam.
Ramuan jamu dan cabai yang membentuk ciri tempatan dalam coklat itu, bukan perisa tiruan tetapi daripada bahan asli, misalnya halia segar yang telah dijadikan manisan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk pembuatan coklat itu, kata laporan itu.- Bernama
indon ni... apa rasanya... pelik x?
ReplyDeletehttp://direktoribloggermalaysia.blogspot.com/
http://www.alziyadnews.co