Tweet |
Sumber gambar: Mirror |
COUNTY DOWN: Perasaan terkejut seorang petani mungkin dapat difahami apabila 20 tan ikan kembung bertaburan di tanahnya selepas sebuah lori terbalik.
Lori berkenaan dalam perjalanan menuju ke Ardglass di County Down, Ireland Utara, minggu lalu apabila ia terbalik di tanah milik Gordon Flinn, 71.
Sebuah kren dan jentera penyodok dipanggil untuk membantu 12 orang yang bekerja selama tujuh jam dalam satu operasi pembersihan besar-besaran.
Flinn, penternak biri-biri dan lembu berkata, ikan berkenaan berlonggokan setinggi setengah meter.
“Kami menerima panggilan daripada polis kira-kira jam 3 petang. Mereka memberitahu berlaku satu kemalangan di tanah saya dan ikan bertaburan.
“Pemandu lori terlanggar bahu jalan dan ikan itu tercampak pada pagar, memusnahkannya dan bertaburan di tanah saya.
“Ketika sampai, saya menjangka melihat beberapa kotak ikan. Sebaliknya, apa yang saya lihat ialah lautan ikan.
“Beribu-ribu ikan bertaburan di tanah saya. Ia amat mengejutkan.
“Mereka mengambil masa dari jam 7 malam hingga 2 pagi untuk membersihkannya,” kata Flinn. - Agensi
No comments:
Post a Comment