Ni apa ceritanya kat sini?

Google TV Di Eropah



EDINBURGH 27 Ogos – Google Inc akan melancarkan perkhidmatan televisyennya di Eropah awal tahun depan, kata Pengerusi Eksekutif Google, Inc Eric Schmidt. 

Keputusan tersebut tetap diteruskan walaupun sebelum ini Google berdepan dengan masalah awal yang membuatkan ramai mempersoalkan sejauh mana mereka komited terhadap projek tersebut. 

Google TV membolehkan penonton menggabungkan laman web dan rancangan televisyen pada skrin televisyen menggunakan pelayar. 

Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) Oktober tahun lalu, tetapi menerima pelbagai reaksi dan disekat oleh tiga rangkaian penyiaran terkenal di AS. 

Sebahagian besar industri televisyen seperti berita dan telekomunikasi meragui produk baru Google itu dan menuduhnya mencuri sumber pengiklanan mereka tanpa menyumbang kepada kos penghasilan program. 

Schmidt berusaha mengurangkan kebimbangan golongan elit penyiaran menerusi ucapannya ketika festival televisyen di Edinburgh, pertama kalinya seseorang yang bukan eksekutif televisyen dijemput untuk memberi ucapan dasar di majlis di Britain itu. 

“Sebahagian pihak di AS risau kami menyasarkan untuk bersaing dengan penerbit rancangan televisyen atau penyiar. 

“Sebenarnya niat kami lain. Kami mahu menyokong industri dengan menyediakan platform terbuka supaya generasi televisyen akan datang boleh berkembang, cara sama seperti Android menyediakan platform terbuka kepada generasi telefon mudah alih baru. 

“Kami menjangkakan Google TV dilancarkan di Eropah awal tahun depan dan semestinya United Kingdom menjadi antara keutamaan kami,” katanya. - Reuters 

Petikan: Utusan Malaysia



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...