Ni apa ceritanya kat sini?

Datuk Bandar Letak Bongkah Batu Di Rumah Bekas Isteri


BONGKAH batu yang diletakkan oleh Dany Lariviere 
di rumah bekas isterinya di Quebec, Kanada pada Sabtu lalu.

MONTREAL, Kanada - Datuk bandar di bandar kecil Quebec disiasat polis kerana membuang sebuah bongkah batu seberat 20 tan di halaman rumah bekas isterinya pada awal Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam. 

Dany Lariviere (gambar kecil) yang merupakan Datuk Bandar Saint-Théodore-d'Acton, dekat sini, mendakwa dia meletakkan batu itu di halaman kediaman Isabelle Prévost untuk mengelakkan wanita itu daripada terus mengganggunya. 

Lariviere, yang turut memiliki sebuah syarikat perlombongan menyembur tulisan pada bongkah batu itu dengan ucapan "Selamat Hari Jadi Elsa." 

Dia turut menghiasi batu itu dengan riben. 

"Saya perlu melakukan sesuatu agar dia berhenti mengganggu saya," katanya kepada stesen televisyen tempatan, TVA. 

"Tiada batu permata cukup besar dapat memuaskan keinginannya, kini dia bertuah kerana mendapat batu paling besar dalam hidupnya," tambah lelaki itu. 

Menurutnya, bongkah batu tersebut merupakan 'hadiah' kepada bekas isterinya. 

Pasangan itu yang berpisah tiga tahun lalu, saling menuduh masing-masing melakukan gangguan terhadap satu sama lain. 

Bekas pasangan suami isteri itu berkongsi hak penjagaan dua anak mereka. - Agensi

Petikan: KOSMO


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...