Ni apa ceritanya kat sini?

Gaddafi Peminat Rahsia Bekas Setiausaha AS


TRIPOLI - Kumpulan pemberontak yang menggeledah kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kelmarin terkejut dengan penemuan sebuah album mengandungi koleksi gambar bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice. 

Bagaimanapun, ia mungkin bukanlah satu perkara menghairankan kerana Gaddafi pernah melahirkan rasa kagum beliau terhadap keperibadian Rice dan turut menggelarnya dengan panggilan mesra ’Leezza’ melalui satu wawancara sebuah program televisyen pada 2007. 

Pada 2008, Gaddafi menghadiahkan Rice sebentuk cincin berlian, loket tertera ukiran wajah beliau, sebuah kecapi dan manifesto politik peribadi miliknya berjudul Third Universal Theory for a new democratic society: semasa wanita itu melakukan kunjungan ke Libya. 

Kira-kira tiga tahun kemudian, kumpulan pemberontak menemui koleksi gambar ‘Leezza’ di kompleks Bab al-Aziziya, sekali gus mendedahkan rupa-rupanya Gaddafi adalah peminat rahsia beliau. 

Sementara itu, pemberontak turut menemui terowong dan bilik bawah tanah seluas sebuah kolam renang Sukan Olimpik di kediaman pemimpin veteran Libya tersebut. 

Sebuah bilik besar mengandungi puluhan komputer riba dan kelengkapan peralatan kamar tidur mewah turut ditemui oleh mereka. 

Bilik bawah tanah itu dijadikan tempat untuk menyimpan bekalan bahan api, makanan, ubat-ubatan bagi kegunaan empat juta orang iaitu kira-kira dua kali ganda daripada penduduk di Tripoli. 

Gaddafi juga dipercayai sering menggunakan terowong sepanjang 2.4 kilometer dengan menaiki kereta perisai bersama keluarganya. 

Mereka mendakwa terowong panjang tersebut mungkin dijadikan sebagai laluan secara rahsia untuk ke Sirte dan Sabha serta kawasan lain yang mungkin menjadi lokasi persembunyian baru pemimpin diktator itu. 

Petikan: Sinar Harian


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...