Ni apa ceritanya kat sini?

CCTV Rakam Kumpulan Perusuh Mencuri Skuter


PENUNGGANG skuter itu kemudian terjatuh. 

CROYDON, selatan London - Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan detik-detik sekumpulan samseng mencuri sebuah skuter yang ditunggang pemiliknya di sini baru-baru ini. 

Kejadian itu berlaku semasa rusuhan yang melanda London ekoran kematian seorang suspek penjenayah, Mark Duggan yang ditembak mati oleh polis.

Dalam kejadian itu, pemilik skuter tersebut pada mulanya berunding dengan sekumpulan samseng yang merusuh di sebatang jalan raya.

Pemilik skuter itu kemudian memecut tetapi dia dikejar oleh beberapa perusuh.

Seorang perusuh itu menarik leher pemilik skuter tersebut menyebabkan dia terjatuh.

Dia kemudian diheret oleh seorang perusuh ke tepi jalan manakala seorang perusuh lain melarikan skuter tersebut.

Detik-detik perusuh itu melarikan skuter tersebut telah dimuat naik ke laman YouTube. - Agensi

Petikan: KOSMO 





No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...