Ni apa ceritanya kat sini?

Empat lembu 'naik' Proton Wira

Orang ramai memerhatikan empat lembu curi yang disuntik pelali sebelum disumbat dalam sebuah kereta Proton Wira yang ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas, Kulim, Kedah, semalam.
Orang ramai memerhatikan empat lembu curi yang disuntik pelali
sebelum disumbat dalam sebuah kereta Proton Wira yang
ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas, Kulim, Kedah, semalam. 

Cubaan curi empat lembu gagal 

KULIM - Cubaan dua lelaki untuk mencuri empat ekor lembu dengan cara membius sebelum menyumbat kesemua haiwan itu di dalam sebuah kereta semalam, tidak berjaya selepas kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas di sini kerana rosak. 

Kesemua lembu itu disumbatkan di dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan yang telah diubah suai di ruang tempat duduk penumpang belakang. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Supritendan Chin Su Song memberitahu, kejadian itu disedari seorang penternak di Sungai Lembu, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 5 pagi selepas mendapati empat ekor haiwannya hilang. 

"Penternak itu kemudian membuat laporan polis dan meminta bantuan rakan-rakannya untuk mencari," katanya di sini hari ini. 

Su Song berkata, tidak lama kemudian, rakan mangsa berjaya mengesan kereta tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan berdekatan Plaza Tol Lunas di Lebuh Raya Kulim-Butterworth (BKE). 

"Menyedari diekori, suspek yang berusia sekitar 20-an memecut laju. Bagaimanapun, kereta itu mengalami kerosakan dan terpaksa ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Siam, Lunas, kira-kira 15 kilometer dari tempat lembu itu dilaporkan dicuri," katanya. 

Menurut beliau, orang ramai yang menjumpai kereta itu kira-kira pukul 7 pagi memaklumkan kepada polis. 

Tambahnya, polis percaya suspek menggunakan laluan Sungai Lembu ke Kampung Mengkuang sebelum memasuki BKE. 

"Kita sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya. 

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau kegiatan curi seumpama itu agar menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Asisten Supritendan C. Tharmalingam di talian 04-4906222 bagi membantu siasatan. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...