Ni apa ceritanya kat sini?

Pekerja syarikat di China dapat seguni wang bonus

SEORANG pekerja memikul guni yang mengandungi wang tunai pada satu majlis penyerahan bonus oleh majikannya di Zhecheng baru-baru ini.
SEORANG pekerja memikul guni yang mengandungi wang tunai pada
satu majlis penyerahan bonus oleh majikannya di Zhecheng baru-baru ini.  

Pekerja dapat guni berisi wang bonus di China 

ZHECHENG, Henan - Para pekerja di sebuah firma pembangunan hartanah di sini gembira apabila mereka menerima bonus dalam bentuk wang tunai yang diletakkan di dalam guni, lapor akhbar MailOnline kelmarin. 

Salah seorang pekerja itu memperoleh bonus sebanyak £200,000 (RM1.1 juta) dalam bentuk wang tunai. 

Penyerahan bonus itu diadakan pada satu majlis di sini baru-baru ini. 

Apa yang menarik, penerima bonus itu akan menari sambil naik ke pentas apabila namanya dipanggil untuk menerima bayaran bonus. 

Syarikat pelaburan hartanah itu telah memperuntukkan sebanyak £1.1 juta (RM6 juta) dan membayar bonus kepada para kakitangannya. [Sumber]  

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...