Tweet |
Manusia jadi implan cas bateri
NEW YORK - Jangan bimbang jika terlupa membawa pengecas telefon atau sering kehabisan bateri telefon kerana, anda sendiri boleh menjadi implan yang boleh dilekatkan pada mana-mana bahagian tubuh anda untuk mengecas gajet.
Teknologi itu yang masih belum diberi nama, sedang dibangunkan oleh sepasukan saintis dari Amerika Syarikat (AS) dan China dari Universiti Illinois dan Universiti Arizona, yang pada mulanya menggunakan implan kecil untuk mengecas alat pengawal denyutan jantung yang tidak normal.
Berdasarkan kajian mereka, implan itu menggunakan pergerakan organ termasuk denyutan jantung, paru-paru dan gegendang manusia untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Malah, kata mereka, ia mungkin boleh digunakan untuk mengecas gajet termasuk telefon bimbit.
Implan hablur piezoeletrik bersaiz kecil itu menggunakan alat penerus bersepadu yang menukar tenaga elektrik dan berfungsi sebagai bateri yang boleh dicas semula.
"Alat pengawal dan pemantau denyutan jantung serta beberapa peralatan perubatan kecil yang lain bergantung kepada bateri untuk beroperasi.
"Disebabkan itu, kami mencipta bateri yang berbentuk implan untuk menjana kuasa daripada tenaga manusia sebagai alat bioperubatan masa depan yang canggih," kata pasukan tersebut. [Sumber]
No comments:
Post a Comment