Ni apa ceritanya kat sini?

Tahun Baru 2011 - Impian dan Harapan



Hari ini, hari kedua pada tahun 2011.....Dah genap setahun blog ini wujud, iaitu pada hari Isnin, 28-12-2009, iaitu tarikh entri pertama yang dipost dalam blog ini. Dan seterusnya, pada tahun 2010....sepanjang tahun itu, kekerapan aku blogging pada mulanya agak rancak, tetapi mula perlahan, dan berhenti, tapi sekejap. Banyak sebab, antara sebab utama ialah masalah internet. Kat rumah aku, pakai komputer biasa, ataupun PC, internet pulak, pakai dial-up jer, ni yang tak tahan ni......dah la slow, bil telefon pulak melambung,...huhuhu. Kalau nak internet laju, cuma 2 tempat jer aku pergi, iaitu Kompleks Rakan Muda (woi, jauhnya aku pergi, hehehe) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti kampung aku (aaa....yang ini lagi dekat). Tapi tak lama, tanggal bulan 10 (Oktober), barulah dapat menggunakan Streamyx, melalui Pakej Jalur Lebar TM dengan Netbook. Lepas jer datang technician TM pasang dan menguji modem wi-fi, (netbook tak dapat lagi masa tu, 2 minggu kemudian baru dapat) hehehe......merasa jugak internet berkelajuan tinggi, speed cuma 384kb jer. Tapi itu lebih baik daripada dial-up, kerana Streamyx, bayaran bulanan adalah tetap, pakai la banyak mana pun, bayaran sama jer tiap-tiap bulan. Kalau dial-up, lain, caj dikira masa, kalau tak silap, seingat aku, cuma dicaj 4sen seminit. Tapi dia punya slow, tak leh nak cakapla, memang tak tahan....... :-(

Pada tahun baru ini, aku sebenarnya takde apa-apa rancangan. Kalau untuk blog ini, ada, tak tahulah ia jadi,  atau tidak. Kalau boleh, teringin sangat nak blogging sekerap mungkin, kalau boleh, dapat 10 atau 20 entri dalam satu bulan pun dah kira OK bagi aku..... Mungkin otai blogger-blogger yang lain pun lebih hebat dari aku, sampai lebih 50 entri sebulan ke atas, ye la, . Apatah lagi, mungkin disebabkan oleh trend terkini laman blog popular ada fanpage kat Facebook. Selain itu, bila aku ada kelapangan, aku bercadang nak meng'impove'kan interface blog aku ini dengan berbagai cara. Tetapi ada antaranya banyak membabitkan HTML coding dengan JavaScript, hmmm........ini yang tak sedap ni.......! OKlah, cukup sampai di sini saja entri ini, aku ingat nak masuk tidur dulu la.......!

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...