Tweet |
Baru beberapa hari lepas, aku layari blog-blog milik teman-teman blogger yang follow blog aku ini,... Menariknya ada sesuatu yang ada pada blog diorang, tapi tak de kat blog aku ni. Dan salah satunya ialah, perkataan seperti ini: "Anda mungkin juga meminati:" atau "You may also like these stories:". Wow! Blog aku sendiri pun tak de ni! Atas, posting penuh, bawah, 3-4 post lama yang berkaitan (dengan gambar)......
Macam mana diorang buat ni? Kat website mana pulak yang buat benda tu? Akhirnya, barulah aku tahu, ia sebenarnya satu widget khas untuk blog, dari LinkWithin. LinkWithin, dengan taglinenya "related posts with thumbnails" memaparkan senarai post berkaitan dengan gambar (related posts with thumbnails) dalam sesebuah blog, dengan menunjukkan beberapa cerita (stories), dengan 3-5 cerita bergambar berkaitan dibawah setiap post. Bagi aku, ia sangat berguna, kerana kadangkala, banyak cerita yang lepas dalam blog itu, langsung orang lain tak perasan atau tak kisah, dan mungkin jugak terasa malas nak tengok semula cerita-cerita lama yang lain, sekalipun dia masih membaca sesebuah blog itu. Seolah-olah cerita lama dalam blog itu seperti sudah 'hilang' dan 'terpadam', padahal ia masih lagi ada di situ.
(Klik gambar untuk melihat gambar saiz besar) |
OK. Kepada semua blogger, yang blognya tak de widget macam ini, aku nak terangkan cara nak install widget LinkWithin ini. Lagi mudah kalau ada gambar kat bawah ni (nak lebih jelas, klik jer kat gambar tu)
(Klik gambar untuk melihat gambar saiz besar) |
Pergi ke laman web LinkWithin. Masukkan alamat emel, alamat blog, platform blog dan lebar (width) dalam laman web LinkWithin itu. Selepas tu, klik "Get Widget!"
- Platform Blog : kalau blog korang jenis "blogspot.com", pilih Blogger. Bagi blog WordPress, hanya sokong "host sendiri"(self-hosted) dan tidak sokong blog percuma WordPress.com (T_T)
- Lebar (Width) : Jumlah cerita (stories) di bawah satu post untuk diset (pilihan: 3, 4, 5 stories)
Lepas klik "Get Widget!", laman web LinkWithin akan bertukar ke window yang lain, macam dalam gambar kat bawah ni.
(Klik gambar untuk melihat gambar saiz besar) |
Masa tu, korang kena baca dulu, apa yang ditulis di situ. Sebabnya, apa yang ditulis tu, ialah cara nak install widget kat dalam blog korang, dan bergantung pada jenis platform blog korang (dalam gambar kat atas, ini untuk blog platform Blogger - *.blogspot.com). Kalau dah faham, klik "Install Widget". Selepas itu, satu window baru akan keluar, iaitu laman akaun Blogger korang. So, korang cuma ikut arahan yang dipaparkan (sebab tu korang kena baca dulu, sebelum tekan "Install Widget").
Ok, itu saja panduan yang aku berikan, insha Allah berhasil (sebab aku sendiri dah cuba, hehehe)......!
Saya dah buat...ada gambar tapi tajuk untuk setiap gambar tak de...x sempurna. cerita pasal apo pun tak tau ....macam mana nak keluarkan text bawah gambar kita tu.....
ReplyDeletex de keluar gamaba lah toqqq . ishh
ReplyDelete