Tweet |
Sebenarnya, cerita ni dah berlaku beberapa hari lepas, tapi tak sempat nak blog cerita ini. Maklum la, busy saja, ada masa, tak sempat siap, tak de masa, malas pulak nak buat.... Tapi, mana boleh kalau tak buat cerita ni, coz ini betul-betul berlaku pada diri aku sendiri......kira ini cerita paling EKSKLUSIF dari cerita-cerita yang ada dalam blog ini....hehehe.... So, jom layan cerita yang agak panjang tapi sempoi ini.....! :-)
Hasil print skrin fanpage MZM-FC @ FB semasa mencecah 100,000 peminat |
Alkisahnya, pada malam itu, 12-1-2011, hari Rabu malam Khamis, start jam 10 malam, aku masuk ke bilik tidur aku, "on"kan modem wifi dan laptop aku, lepas tu, layan facebook seperti biasa malam-malam sebelumnya (siang pun layan gak, tapi tak ler lama macam time malam). Waktu itu, status akaun facebook aku, biasa jer, takde notification pasal 'friend request', yang ada, mungkin comment pasal status, link dan gambar (kalau ada pun, dah tak ingat apa bendanya!). Cuma, pada masa tu, dah kecoh satu dunia, pasal facebook akan ditutup pada 15-3-2011 nanti :-( ....., entah betul atau tidak, tapi harap-harap, ia hanya khabar angin semata-mata dan tidak mungkin akan menjadi kenyataan.....
Cukuplah tu khabar angin pasal tutup facebook tu,.....so, start jer la 'kembara' dalam fb ini.... Biasa la, layan "wall message", masuk beberapa page yang aku "like", tengok video atau gambar mana-mana page. Ntah kenapa, tetiba plak aku teringatkan page fb yang aku "like" bernama Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) ("fanpage"), iaitu fanpage untuk mereka yang minat giler kat Maher Zain (termasuk aku sekali!). Kebetulan, fanpage tersebut tengah "stragel" nak mencari peminat bertuah yang ke 100,000, dan kalau boleh, sebelum jam 12 pagi. Wow, macam ni "memang tak boleh belah!" (ayat paling top kat facebook, bagi aku la! hehehe). Jadi, aku follow setiap mesej yang keluar kat dinding fanpage itu...... Tapi, bila tengok orang lain buat mesej, aik, gatal plak tangan aku nak buat cam tu!! Tapi mesej yang aku buat tu, cuma nombornya jer, macam ni, 99,950, 99,960, 99,970 satu per satu, sampai 'semak' dinding fanpage itu...(nombor tu cuma contoh jer, bukan sama yang aku mesejkan tu, so, toksah kisah sangat pasal nombor tu, sebabnya, aku sendiri dah tak ingat angka paling tepat pernah aku mesej kat page wall tu).
Haa....dah sampai nombor 99,990......lagi 10 orang lagi...... Ada gak sorang dua peminat fanpage meminta pada semua rakan se"fanpage" yang tengah online ni, siapa yang dapat angka 100,000 kat skrin komputer diorang, tolong print skrin, pastu, save dan aplot ke fanpage ini, boleh la share dengan semua peminat fanpage ini, termasuk 'bakal' peminat bertuah yang ke 100,000 yang kini masih 'diselubungi,.....misteri......' Aku pulak, baru jer beberapa hari asyik main print skrin gambar, maklum la, untuk kegunaan blog aku, so, aku ambik 'peluang keemasan' ini, bukan senang nak dapat 'peristiwa bersejarah' cam ni.....standby print screen kalau ternampak angka 100,000....
Hendak dijadikan cerita, bila refresh jer fanpage itu, angka terbaru menunjukkan: 99,998... Alamak! Dah dekat dah, lagi 2 orang jer,...... Tapi, ini facebook, sekejap jer bole berubah,.....apa lagi, refresh balik, tengok macam mana.......YEAHHHHHH!!!!!!!!! (jeritan berbisik!) 100,000 orang peminat akhirnya, berlaku pada jam 12.06 pagi! (tengok gambar kat atas tu!) Sempat lagi post nombor tu kat fanpage itu. Alamak! Baru nak cari button print skrin (FN+PRT SC), terketar-ketar pulak tangan aku! Alhamdulillah2x, (nyanyi lagu Maher Zain jap!), dapat jugak aku print skrin, pastu bukak software Paint untuk "paste"kan gambar yang di"print skrin"kan itu...... pastu, buat tanda arrow kaler merah kat nombor itu, dan "save"! (Nasib baik arrow kaler merah tu kat background putih, tak ler risau kalau nak edit gambar tu! Naya kalau tanda tu terkena mana-mana tempat yang ada kaler....! huhuhu). Dah siap, terus aplot ke fanpage itu. Itu saja.....
Komen hasil print skrin |
Sebaik saja gambar print skrin tu terpapar dinding fanpage, tengok di bawah sebelah kiri skrin laptop aku, mmm, memang dah agak dah, 'notification box' muncul bertubi-tubi, so, macam-macam komen dan respon yang aku dapat...! Tak kurang jugak yang pakat-pakat 'angkat jari' (Like), hehehe...... Tapi yang bestnya, time cam ni, ada gak sorang tu, yang terus add aku nak jadi rakan dia! Apa lagi, terus "approved" la! Perrrh! Macam mimpi pulak! Bagaikan terkejut dengan apa yang sedang aku rasai kini....Dan pada masa yang sama, peminat 'bertuah' yang ke 100,000 telah diumumkan sendiri oleh admin fanpage kat fanpage wall itu.
Ni ler orangnya....! TAHNIAH !! Kredit : Maher Zain Malaysian Fan Club |
Ehem, ehem, berhenti sekejap. Eh? Apa pulak yang bising kat luar tu? Ooo.... hujan lebat rupanya.... Bila masa pulak hujan lebat kat luar rumah aku ni...? Dalam bilik tidur aku pun boleh dengar tu! Tengok jam sekejap, dah pukul 12.30 pagi, Nak tido sekarang ker, atau tido jam 1.30 pagi? Dah mula rasa nak mengantuk pulak. Nak blogging? Tak payahlah, saja nak bergelap dalam bilik. (pakai lampu kecik!) Nak menaip pun terpaksa la pakai 'torchlight', hehehe....Ok, cukup la cerita pasal print skrin ni. Erk, panjang jugak cerita aku ni yea? Hehehe.....!
Gambar print skrin tadi dalam koleksi gambar profile Facebook aku |
No comments:
Post a Comment