Tweet |
Laman Web Rasmi Online Leaf (http://www.onlineleaf.com) |
Pernah dengar tak perkataan ini: Green Website (Laman Web Hijau)? Tak pernah dengar? Tak pe, aku nak bagi can tuk korang dengar pulak. Maksudnya, ialah, laman web yang mesra alam sekitar dan menjimatkan tenaga elektrik. Konsep "Green Website" ini dibawakan oleh OnlineLeaf.com. Ia bermula bila aku layan Facebook dan memasuki laman fanpage Oh! Media Network (antara fanpage Facebook yang aku "Like"). Kalau tak silap, bulan lepas (hehehe...!). Di situ la aku jumpa fakta ini (tengok gambar kat bawah ni), siap dengan gambar 'print skrin' dalam kiriman dinding fanpage itu. Menarik jugak yer, biasa kita dengar, teknologi HIJAU ker, "kesan rumah HIJAU" ker, si baju HIJAU ker ('ask-car' daa), lagu Zainal Abidin - "HIJAU" ker, rupanya, website (dan blog) pun boleh jadi HIJAU jugak yang ada, hehehe....! Macam best jer...! Tapi, tak dapat nak buat pada masa tu, sebabnya, masa tu dah tengah malam, kalau boleh, nak tidur cepat.
Dalam fanpage Oh! Media Network kat Facebook... kat sini la aku jumpa fakta "Green Websites" ni....hehehe |
Akhirnya, pada suatu malam (Ahad, 23-1-2011), jam 1.30 pagi, aku masuk Facebook, cari fanpage Oh! Media Network, dan cari kiriman dinding dan gambar pasal "Green Websites" tadi (gambar atas). Dan dari situ, terus pergi ke OnlineLeaf.com dan melihat website rasminya. Dan paling tertarik, ialah fakta yang tertulis kat website rasmi OnlineLeaf.com seperti di bawah ni........
========================================================================
"How much CO2 do you emit, when surfing the web? Every minute a thousand visitors spend browsing a website an average of about 1.2kg of CO2 is emitted into our atmosphere.
Now, that is not a very large number individually for a website, but if you consider the amount of time you spend on the internet along with everyone else, Online Leaf might be a step in the right direction, when trying to make the web much greener. So help the environment by making your website green!"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Berapa banyak CO2 yang korang hasilkan, ketika melayari web ini? Setiap minit seribu pengunjung menggunakan masa melayari sebuah website pada purata sekitar 1.2kg CO2 dipancarkan ke atmosfera kita.
Kini, ia bukan jumlah yang sangat besar bagi secara individu untuk laman web, namun jika korang mempertimbangkan jumlah masa yang korang gunakan di internet bersama-sama dengan orang lain, Online Leaf mungkin langkah paling tepat, untuk menjadikan website lebih hijau. Jadi bantulah alam sekitar dengan menghijaukan laman web korang." (lebih kurang gitu la translatenyer, kalau salah, tolong betulkan yer?)
========================================================================
So, apa lagi? Bertindaklah sekarang! Bagi korang para blogger, dan lebih-lebih lagi pembina website, ni la masanya untuk menyokong usaha "HIJAU" kan blog dan website korang.
Khas untuk korang yang pakai blog Blogger (blogspot.com), ikuti langkah-langkah ini : Login akaun Blogger > Dashboard > Design > Add Gadget > HTML/JavaScript > copy kod JavaScript kat bawah ni > "paste" > "Save" > Preview hasilnya. (JavaScript kat bawah ini la yang aku pakai kat blog ini. Ok jer, takde problem, takde error. Korang try la sendiri kat korang punyer!)
(Cara paling senang, korang klik kat 'textarea' kod JavaScript kat bawah tu, tekan "Ctrl+A" kat keyboard korang untuk pilih semua (Select All) kod, dan lepas tu, "Ctrl+C" untuk copy kod itu. Kejap jer!)
Hasilnya akan jadi seperti gambar di bawah ini :-
Begini keadaannya apabila kita tidak mengusik website atau blog dengan mouse atau keyboard selama lebih seminit |
Ok. Bila dah buat macam yang aku terangkan tadi, apa kata, letakkan logo "Green Website" kat website dan blog korang, bukti korang dah HIJAUkan website dan blog korang. Logo Green Website adalah seperti ini:
Dan jikalau korang nak support usaha-usaha OnlineLeaf.com, pergi jer ke link Donate untuk maklumat lanjut.
Akhir kata, jom sama-sama kita melindungi alam sekitar kita dengan berbagai cara, antaranya, termasuk la dengan mengHIJAUkan website dan blog kita, dan layan lagu HIJAU plak...hehehe
No comments:
Post a Comment