Ni apa ceritanya kat sini?

ALBUM ART


Salam, rasanya dah berminggu lamanya tak menulis blog kat sini, rindu ker ?!? Hehehe....Ari ni, apa yang aku nak cerita ni, agak panjang jugak ni, hehehe......ye la, selalunye, kalau ade cerita pun, biasala, pendek je......bukannye ade apa-apa pun yang best punyer. Tapi , ari ini, lain sikit. Ade gak idea aku nak tulis blog kat sini. (;D) OK, ari ni, aku nak cerita sikit pasal 'ALBUM ART', atau dalam bahasa melayunya, 'SENI ALBUM'. OK, sebelum aku membebel lebih jauh lagi, dah tentu korang sumer mungkin terfikir atau tertanya-tanya, apa maksudnya 'ALBUM ART' yang aku nak cerita kat sini?

Senang cerita, 'ALBUM ART' bermaksud imej atau gambar yang dibenamkan (embedded) dalam fail audio (kebiasaannya format mp3) dan gambar tersebut dipaparkan semasa fail mp3 tersebut sedang dimainkan dengan software pemain media (media player) dalam komputer (dan juga handphone dan pemain mp3, seperti iPod), dengan syarat, mestilah menyokong (support) paparan 'ALBUM ART' itu. Biasanya, gambar jenis kulit album (album cover) bagi seseorang penyanyi, banyak digunakan untuk 'mewakili' satu atau lebih banyak lagu dalam satu 'digital album' itu. Macam dalam gambar kat bawah ni:-


Lebih kurang begitulah komen aku pasal 'ALBUM ART' ni. Tak kisahlah apa yang korang fikir pasal topik ni, apa yang penting, kerjaa..sama! Oppsss! (Siap tutup mulut lagi!) Tersasul pulak! Sori yea! Apa yang penting, fakta menarik macam inilah yang ingin aku dikongsikan pada korang sumer yang menatap blog ini.

OK laa.... Balik semula ke 'tempat' tadi. Eh, sampai mana aku cerita tadi? Oh, pasal maksud 'ALBUM ART' tu yea? Macam mana? Dah jelas maksudnya? Harap-harap begitulah yang aku nak.

Dalam komen aku pasal album art ni, ada disebut pasal software pemain media (media player) yang support album art. So, apakah 'software'nya? Antara software-software yang support album art ni (setakat yang aku tau);- Windows Media Player a.k.a WMP (software windows punyer), Winamp (tak silap, versi 5 ke atas) dan Nero ShowTime. Semua sofware yang aku sebut ni, (kecuali WMP), semuanya pernah aku install, pakai dan siap explore tiap-tiap satu lagi! Software lain, macam Apple iTunes dan RealPlayer, tak pasti la plak. Tapi, kalau jenis 'multicodec media player', confirm tak support album art punyer! Betul, software multicodec aku, 'K-Lite Codec Pack' yang diinstall kat PC aku sendiri pun tak support, belum lagi yang lain-lain, macam 'StormCodec', 'KM Player', 'GOM Player' dan lain-lain lagi.

Barangkali, mungkin korang nak tau macam mana lagu mp3 tu ada gambar (album art) ke, tak, masa lagu tu tengah dimainkan? OK la, begini. Kalau korang biasa pakai WMP, begini caranya:-
  • Buka WMP (normal mode), pastikan lagu sudah ada dalam playlist (sebelah kanan)
  • 'Right-click' di tempat kosong dalam WMP, pastu pilih 'Album Art'.
  • Pastu, klik 'Play' seperti biasa....Kalau ada, adalah gambar yang pelik dan menarik tu! (itu bagi korang yang dah biasa tengok interface WMP yang 'kosong', atau biasa pakai visualization)
  • Kalau takde pun, ade la gambar 'default album art' (gambar 'music note', yang rupa macam taugeh tu!)
Kalau software yang lain-lain tu, rasanya, mungkin paparan album art tu keluar secara automatik, tiap kali kalau main lagu mp3 tu.

So, aku percaya, kalau korang sudah jelas dengan cerita pasal album art ni, mesti korang akan tertanya, "macam mana diorang buat ar?" Untuk menjawab persoalan ini, diorang (termasuk aku sekali) ade software khas untuk sebab itu. Aku pula, ade la 2 software, iaitu;
Antara dua-dua software tu, MP3 Info Ext saja yang aku pakai setakat ini, tak de masalah, lagipun, boleh pakai untuk windows XP (dan ke bawah). Tapi, sejak keluarnya OS windows terbaru, iaitu windows 7, aku rasa tak pasti la pulak, boleh ke software ni pakai untuk windows 7, maklumlah, ni kan windows terbaru! Takut nanti, ade masalah lain la pulak! Itu la sebabnye kenapa aku cari lagi satu software yang sama tugasnya, dan yang penting, boleh support windows 7. Software tu pulak, (MP3Tag) baru hari ni je dapat download (sebab saiz besar!) So, korang sumer, kalau suka, apa lagi, downloadlah mana-mana software kat atas (klik kat nama software tu je), pastu, korang install sendiri kat komputer ko, dan, akhir sekali, cuba la sendiri! Selamat mencuba......! Tata!

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...