Ni apa ceritanya kat sini?

Betul Ke Ni? Macam Tak Cayer Je...!


Semalam, hari Jumaat, 05-02-2010, jam 2 pagi, (siap-siap nak tidur), aku lawatlah blog ini (ye la, blog sendiri) pakai handphone. Check hit counter blog aku tu, baru setakat 25 hits je! Tapi, itu tak jadi hal, sebab kebanyakannya aku masuk hanya untuk update, edit dan 'ejas' blog aku sendiri, sebelum tu.

Tetapi, pada hari yang sama, lebih kurang jam 7.10 mlm (dah dekat maghrib dah), setengah jam lepas aku buka komputer dan masuk internet (6.40 ptg), masuk pulak blog ini lagi. Check balik hit counter blog ni, tengok-tengok,....... ALAMAK !!!!! (tertera pada skrin PC aku tu, 00002896 ). Korang tau ape maksud angka tu? Ini bermaksud, blog aku mencapai lebih 2000 hits sehari! Bukan berbulan, bukan bertahun, cuma sehari !!! Macam tak cayer pulak, bukan aku je, korang pun fikir cam tu jugak, kan? Agaknyer, apa yang istimewa sangat blog ni, dan apalah yang diorang cari dalam blog ni? Bagi aku, biasa je...... sama je ngan blog-blog lain yang sama level amatur ngan aku. Mungkin sebab aku promote blog ini kat Twitter, agaknya, untuk diorang yang follow aku (tak semua!) Facebook pun ade gak, tapi dah 'slow' sikit (sibuk berinternet!) Atau pun, mungkin hit counter ni dah tak brape betul agaknyer! Hehehe.......! Tak tau la nak cakap apa, tapi, bagi aku, hit counter tak brape betul ke atau tak, itu tak penting. Yang penting, angka dalam hit counter tu! Bangga la! Hehehe...! Sapa sangka, blog aku yang nampak sangat sempoi ini, boleh dapat 2000 hits dalam satu hari ! Hehehe......... OKla, aku belah dulu la, dah penat jari-jemari aku 'dancing' atas keyboard ni! Tataaa........!

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...