Ni apa ceritanya kat sini?

Aku dan TWITTER....!


 Fuh.... Dah lama tak buat blog ni! Baru hari ini dapat buat. Tapi hari ni, sambil buat blog, sambil 'berkicau' dalam internet. Kira sambil menyelam, minum air......errr, air apa? Apa-apa airlah yang korang pikir, janji boleh minum, kan? Apa? Korang tak paham maksud aku 'berkicau dalam internet'? Maksud aku, TWITTER da...! Eh, betul ke apa, siap ada gambar burung yang comel tu kat laman Twitter tu. Kan kena maksudnyer....!

Bukannya apa, sebabnya, sejak akhir-akhir ni, aku dah mula bertwitter (selalunya aku cuma berinternet jer) time malam je. Mula-mula nak masuk twitter tu, saja-sajalah 'I Follow' (tagline sinar pagi @ sinar fm) sapa-sapa saja dalam twitter tu. Tapi, masa tu aku tak kisah sangat, diorang nak follow aku ke tak. Tapi tah cam mana, dalam 1 malam tu (baru lagi), terfollow sampai 40 orang lak tu. Sambil tu, check emel gmail aku, tengok-tengok ade la 20 emel belum dibaca, sumer dari twitter plak tu! Dan bila emel tu habis dibaca, tutuplah internet ngan komputer aku. Esoknya, pagi-pagi, check emel tadi dengan handphone je ada lagi rupanya '20 emel yang belum dibaca'. Lepas check emel, check kredit pulak. Alamak!!! Susut RM10! Hehehe.....twitter punya pasal !

Setakat ini je la aku membebel kat sini. Sebelum aku belah, korang yang ada Twitter kat luar sana tu, kalau nak follow aku, bolehlah follow kat sini

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...