Ni apa ceritanya kat sini?

Kereta kebal 'halimunan' dari Poland (2 video)

PL0-01 mampu mengelirukan musuh dengan ‘menyamar’ sebagai sebuah kereta biasa dan hilang daripada dikesan sinaran inframerah.
PL0-01 mampu mengelirukan musuh dengan ‘menyamar’ sebagai sebuah
kereta biasa dan hilang daripada dikesan sinaran inframerah. 

Kereta kebal halimunan 

WARSAW - Sebuah syarikat Poland berjaya menghasilkan sebuah prototaip kereta kebal 'halimunan' yang mampu mengelak dikesan sinaran inframerah sekali gus mampu mengelirukan musuh. 

Keupayaan prototaip PL0-01 itu mampu dicapai dengan menekan plat logam heksagon dilengkapi dalam kenderaan tersebut yang boleh mengubah suhunya. 

Sekiranya suhu kereta kebal itu diubah bersamaan suhu kawasan persekitarannya, kenderaan tersebut akan 'hilang' daripada sensor imej yang biasanya digunakan untuk mengesan pergerakan kenderaan di medan perang. 

Sebaliknya, kereta kebal itu hanya dikesan sebagai kenderaan biasa. 

Kereta kebal dibangunkan oleh firma Obrum dan BAE tersebut, berukuran tujuh meter panjang dan berat 35 tan serta boleh memuatkan tiga orang pada satu-satu masa. 

Mail Online melaporkan, kelebihan itu sekali gus mengelakkannya daripada dikesan peluru berpandu inframerah dan mengelirukan tentera. 

Difahamkan, idea disebalik penghasilan PL0-01 adalah bagi cuba menghapuskan imej inframerah, radar dan pengenalan visual sebuah kereta kebal tradisional. 

PLO-01 dijangka dipasarkan pada tahun 2018. [Sumber





No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...