Ni apa ceritanya kat sini?

[Video] Kereta kalis kotoran pertama di dunia

Nissan Note
Nissan Note 

Kereta kalis kotoran dicipta 

LONDON - Syarikat pembuat kereta terkemuka Jepun, Nissan membangunkan model kereta antikotoran pertama di dunia, sekali gus bakal menggugat perniagaan kedai membasuh kereta. 

Mail Online yang memetik kenyataan Nissan melaporkan, ujian sedang dilakukan di Britain ke atas model Nissan Note yang memasuki pasaran pada bulan Oktober ini dengan harga antara 12,100 pound (RM65,833) dan 17,100 pound (RM93,812). 

Jelas portal berita itu, teknologi berkenaan diusahakan oleh jurutera Britain yang menggunakan 'teknologi cat nano' yang boleh menangkis kotoran. 

Bagaimanapun, harga untuk teknologi berkenaan masih belum ditetapkan, tetapi dijangka menelan kos kira-kira 450 pound (RM2,468) untuk proses mengecat sahaja. 

"Tugas membasuh kereta merupakan kerja yang bosan dan meletihkan selain boleh menyebabkan kenderaan tercalar jika dibawa ke pusat membasuh kereta. 

"Sebagai memudahkan pengguna, Nissan memperkenalkan teknologi antikotoran termasuk lumpur, hujan dan debu, sekali gus membuatkan pemandu tidak perlu membersihkan kereta mereka lagi," jelas laporan itu. 

Sebelum ini, saintis telah menghasilkan car jenis ‘super-hydrophobic’ dan ‘oleophobic’ yang mampu menangkis kotoran air dan minyak. 

Kedua-dua teknologi itu turut digunakan pada model Nissan Note untuk menjadikannya sebagai kereta pertama kalis kotoran pertama dunia. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...