Ni apa ceritanya kat sini?

[Gambar] Sabun mandi daripada susu badan


Sabun susu comel atasi ruam lampin 

Beijing: Seorang wanita mempunyai cara tersendiri mengelak susu badannya terbuang sia-sia. 

Bagi memanfaatkan lebihan susu itu, media semalam melaporkan, wanita terbabit menghasilkan sabun mandian menggunakan bahan berkenan. 

Lebih menarik, sabun susu badan itu dilaporkan laris dijual di laman sesawang Taobao - yang berfungsi sama seperti eBay dan Amazon - di China. 

Menurut kenyataan pada laman sesawang itu, susu berkenaan mampu merawat masalah ruam lampin. 

“Ia juga sesuai digunakan oleh orang dewasa,” katanya. 

Media melaporkan, wanita terbabit memikirkan inisiatif itu selepas bayinya enggan meminum susu berkenaan. 

Sabun susu badan itu dihasilkan dalam bentuk comel seperti arnab, ikan dan anak beruang. 

Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan kurang berkemungkinan menghidap masalah kulit seperti ekzema, muntah atau cirit-birit. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...