Ni apa ceritanya kat sini?

Pelik! Rambut wanita jadi barang curi di Venezuela


Kumpulan penjenayah curi rambut wanita 

Maracaibo: Kebanyakan orang bimbang menjadi sasaran serangan untuk mencuri telefon atau beg tangan mereka. 

Bagaimanapun, penjenayah di bandar di Venezuela ini menyasarkan sesuatu yang agak pelik. 

Menurut sumber berita tempatan, sekumpulan penjenayah yang dikenali sebagai ‘piranha’ mencuri rambut wanita selepas mengacu pistol pada mereka. 

Penjenayah berkenaan kemudian menjual rambut itu kepada salun untuk digunakan dalam menyambung rambut pelanggan. 

Wanita berambut lurus dan panjang menjadi sasaran ‘piranha’ itu kerana ia paling banyak permintaan untuk menyambung rambut. Mereka memaksa wanita berkenaan mengikat rambut sebelum memotongnya. 

Ia perniagaan yang menguntungkan. Pendandan rambut mengenakan bayaran sehingga RM1,500 untuk menyambung rambut itu pada rambut pelanggan. [Sumber



2 comments:

  1. macam2... Selamat Hari Raya ya. Terima kasih sudi berkongsi cerita ke ruang komuniti saya. Boleh blogwalking mlm2 hari di hari Raya. Maaf Zahir Batin jika sepanjang berblogging, sy ada terkasar bahasa ya. Terima kasih sekali lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya. Maaf zahir batin sebab lambat publish komen puan tadi. maklumlah, raya punya pasal, dah 4 hari blog tak diupdate, komen pulak 'terperam' 3 hari.

      Tapi tak mengapa, hari baik, bulan baik, sama2 kita bermaafan. kalau bolasepak, kira 0-0 lah! hehe

      (Insya Allah, nanti saya tukar balik setting untuk komen blog ini, supaya siapa nak komen kat sini, komen dia dah boleh terus publish.)

      Delete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...