Tweet |
DUA anggota polis tampil berkebaya pada majlis
memperagakan rekaan batik di Surabaya, baru-baru ini.
memperagakan rekaan batik di Surabaya, baru-baru ini.
SURABAYA – Orang ramai biasanya melihat anggota polis berpakaian seragam dan menjalankan tugas mengawal lalu lintas atau meronda di jalan raya.
Berlainan pula halnya di Surabaya apabila lapan anggota polis wanita tampil anggun berbaju kebaya tak ubah seperti model pentas peragaan.
Dalam satu majlis penutup Pameran Foto ‘Polisi Kita, Polisi Masyarakat’, seramai lapan anggota polis wanita memakai baju kebaya yang dipadankan dengan kain batik tulisan tangan Madura.
Tanpa menjalani proses uji bakat seperti yang dilalui model-model lain, mereka hanya berlatih selama tiga hari untuk berjalan di pentas peragaan sempena majlis tersebut.
Gaya lemah gemalai mereka ketika memperagakan rekaan batik oleh pereka fesyen Rika Mudjiono juga tidak jauh beza dengan model peragaan profesional.
“Penampilan polis-polis wanita dalam majlis ini memberikan satu tanggapan baru supaya masyarakat tidak memandang mereka hanya sebagai anggota penguasa.
“Polis juga sama dengan orang ramai,” kata jurucakap Polrestabes Surabaya, S Rahayu.
Pada majlis tersebut, anggota polis terlibat menggayakan rekaan batik tulisan tangan dari harga Rp 1 juta. – Agensi
No comments:
Post a Comment