Ni apa ceritanya kat sini?

Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

[Unik] Fesyen rambut 'Kanjuku Tomato' dari Jepun

No comments:
Fesyen "Kanjuku Tomato" atau Tomato Ranum (Ripe Tomato)
Fesyen "Kanjuku Tomato" atau Tomato Ranum (Ripe Tomato) 

Sebuah salun rambut di Jepun mentafsirkan semula makna “cutting edge” selepas mengambil inspirasi fesyen daripada buah tomato. 

Rekaan inovatif itu muncul di daerah Amemura di Osaka dan sudah pun tersebar di Internet. 

Jaket peluk untuk pengguna Facebook

No comments:
Jaket "Like-A-Hug" ciptaan Melissa Kit Chow
Jaket "Like-A-Hug" ciptaan Melissa Kit Chow 

Sehelai jaket yang dibangunkan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpeluk antara satu sama lain tidak kira di mana pun mereka berada. 

Jaket yang dikenali sebagai Like-A-Hug itu dipamerkan pada Jumaat di laman web perekanya, Melissa Kit Chow. 

Disifatkan sebagai 'media sosial yang boleh dipakai', jaket tersebut akan mengembung dan memberikan perasaan seperti dipeluk kepada pemakainya apabila rakan-rakan di Facebook mengklik "Like" pada status yang ditulis. 

Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT untuk menghasilkan jaket berwarna hitam itu. 

"Like-A-Hug membolehkan kita berasa lebih rapat biar pun jarak fizikal adalah jauh," kata Chow. 

[Sumber


Hasilkan Baju Dengan Gentian Susu

No comments:

ENAM liter susu diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju. 

HANOVER, Jerman - Seorang pereka fesyen yang juga merupakan pakar mikrobiologi, Anke Domaske mengejutkan dunia fesyen apabila berjaya mencipta baju daripada gentian susu. Domaske, 28, menemui cara menggabungkan susu tepung dengan bahan lain untuk menghasilkan sejenis fabrik istimewa. Rekaan pakaiannya diberi nama Qmilch. 

Kate Winslet Pakai Gaun Perdaya Pandangan Mata

No comments:
VENICE – Pelakon terkenal, Kate Winslet, 35, memakai gaun yang boleh memperdayakan pandangan mata orang ramai yang melihat bentuk tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam. 

Winslet memakai pakaian itu semasa dia menghadiri Festival Filem Venice Ke-68 di sini kelmarin. 

Dia memakai pakaian ciptaan pereka Britain, Stella McCartney yang menyebabkan orang ramai akan melihat aktres tersebut memiliki pinggang yang amat ramping. 

Gaun yang dipakai Winslet itu berwarna cerah di bahagian depan manakala bahagian belakangnya mempunyai warna hitam. – Agensi 

Petikan: KOSMO 



Anggota Polis Tampil Berkebaya

No comments:
DUA anggota polis tampil berkebaya pada majlis 
memperagakan rekaan batik di Surabaya, baru-baru ini.

SURABAYA – Orang ramai biasanya melihat anggota polis berpakaian seragam dan menjalankan tugas mengawal lalu lintas atau meronda di jalan raya. 

Berlainan pula halnya di Surabaya apabila lapan anggota polis wanita tampil anggun berbaju kebaya tak ubah seperti model pentas peragaan. 

Dalam satu majlis penutup Pameran Foto ‘Polisi Kita, Polisi Masyarakat’, seramai lapan anggota polis wanita memakai baju kebaya yang dipadankan dengan kain batik tulisan tangan Madura. 

Tanpa menjalani proses uji bakat seperti yang dilalui model-model lain, mereka hanya berlatih selama tiga hari untuk berjalan di pentas peragaan sempena majlis tersebut. 

Gaya lemah gemalai mereka ketika memperagakan rekaan batik oleh pereka fesyen Rika Mudjiono juga tidak jauh beza dengan model peragaan profesional. 

“Penampilan polis-polis wanita dalam majlis ini memberikan satu tanggapan baru supaya masyarakat tidak memandang mereka hanya sebagai anggota penguasa. 

“Polis juga sama dengan orang ramai,” kata jurucakap Polrestabes Surabaya, S Rahayu. 

Pada majlis tersebut, anggota polis terlibat menggayakan rekaan batik tulisan tangan dari harga Rp 1 juta. – Agensi 

Petikan: Utusan Malaysia



Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...