Ni apa ceritanya kat sini?

Telefon bimbit khas untuk warga emas

Telefon bimbit khas untuk warga emas dari Age UK.

LONDON - Kebiasaannya telefon bimbit terkini mempunyai ciri-ciri moden dan canggih bagi memenuhi kehendak dan menarik perhatian golongan muda. 

Bagaimanapun, sebuah syarikat telekomunikasi di United Kingdom (UK), Age UK memperkenalkan telefon bimbit khas untuk warga emas. 

Telefon berharga 55 pound (RM269.50) itu direka khas dengan ciri-ciri membuat panggilan mudah untuk mereka yang tidak biasa menggunakan teknologi canggih atau mempunyai masalah penglihatan. 

Berbanding menekan nombor untuk membuat panggilan, pemilik telefon hanya perlu menekan butang yang memaparkan nama rakan dan keluarga. 

Telefon tersebut mampu menyimpan sehingga lapan nombor telefon yang dipilih oleh pemilik dan diprogramkan ke dalam gajet itu ketika dibeli. 

Butang dengan tulisan 'jawab panggilan' dan 'padam/tutup' juga jelas tertera di telefon tersebut. 

Pendekatan asas telefon itu memudahkan warga emas daripada terpaksa belajar menggunakan skrin sesentuh telefon pintar yang sukar difahami mereka. 

[Sumber

2 comments:

  1. Alamakkkk kat Mesia takde jual lagi ke? Tepon ni memang yang dicari2 untuk mak saya! Huhuu...
    My latest Entry :)
    Baiti Jannati: Sebelum & Selepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sana, baru lagi keluar tepon ni... mungkin agaknya tak jual kat mesia ni...

      Delete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...