Ni apa ceritanya kat sini?

India lancar komputer tablet Aakash 2

Tablet Aakash 2
Tablet Aakash 2 

NEW DELHI - India kelmarin melancarkan komputer tablet terbaharu yang dianggap termurah di dunia apabila ia dijual kepada pelajar pada harga subsidi sebanyak AS$20 (RM60) seunit. 

Tablet diberi nama Aakash 2 itu dibangunkan secara perkongsian antara kerajaan dan swasta yang mahu menyediakan teknologi komputer mampu dimiliki pelajar di negara ini. 

Ketika ini, pelajar yang menggunakan Internet di India adalah pada nisbah satu kepada 10 orang. 

Menurut Datawind, sebuah syarikat berpangkalan di Britain yang membangunkan tablet itu, Aakash 2 dilengkapi dengan sebuah alat pemproses yang membolehkan komputer itu beroperasi tiga kali lebih laju daripada versi sebelum ini. 

Malah, tablet berukuran 18 sentimeter itu turut menggunakan sistem operasi Google, Android dengan bateri yang mampu bertahan selama tiga jam. 

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Suneet Singh Tuli berkata, masalah teknikal yang dialami versi pertama Aakash yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu telah diatasi. 

''Kami lebih yakin dengan Aakash 2 kerana dilengkapi dengan perkakas yang sedikit berbeza dan aplikasi baharu. Satu perubahan kepada reka bentuk juga dilakukan bagi menjadikannya berbeza,'' katanya. 

Pelancaran Aakash 2 disempurnakan Presiden India, Pranab Mukherjee dengan 100,000 unit pertama dijual kepada pelajar kejuruteraan dari kolej dan universiti seluruh India. 

Datawind memaklumkan, Aakash 2 akan dijual pada harga AS$64 (RM194) di pasaran. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...