Ni apa ceritanya kat sini?

Otak orang bercinta tidak stabil?


LONDON - Pernahkah anda terfikir mengapa orang yang sedang dilamun cinta boleh mengambil tindakan yang tidak waras dan sukar difahami, termasuklah berani untuk mengadakan hubungan sulit di luar perkahwinan. 

Pakar neurologi cuba merungkai perkara itu dengan melakukan kajian ke atas apa yang berlaku pada otak ketika seseorang itu sedang dilamun cinta. 

Mereka mengimbas apa yang berlaku di dalam otak, selain memetakan perubahan kimia pada bahagian otak yang aktif dan bahagian yang tidak aktif apabila seseorang mengalami perasaan itu. 

Hasil kajian mendapati bagaimana seseorang yang bercinta boleh menjadi gemuruh dan tidak stabil. 

Mereka mendapati korteks hadapan otak yang membuat pertimbangan, menjadi tidak aktif apabila seseorang itu bercinta. 

''Apabila anda melihat seseorang yang anda sukai, beberapa bahagian otak menjadi aktif. Namun, satu bahagian besar lagi menjadi tidak aktif iaitu otak yang membuat pertimbangan,'' kata Profesor Neuroaestetik, Kolej Universiti London, Semir Zeki. 

Beliau percaya otak bertindak sedemikian untuk melaksanakan 'tujuan biologikal lebih tinggi' iaitu untuk membolehkan proses 'pembiakan' berlaku. 

Imbasan otak juga menunjukkan ketika bercinta, bahagian otak yang mengawal ketakutan dan perasaan negatif tidak berfungsi dan ia menerangkan mengapa seseorang 'tetap gembira' dan tidak takut apa akan berlaku apabila dilamun percintaan. 

'Kegilaan' ini juga dikatakan menyebabkan orang yang bercinta sukar menerima nasihat daripada rakan-rakan untuk tidak meneruskan hubungan sulit di luar perkahwinan. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...