Tweet |
Milicent Owour, 20, bersama bayi kembarnya, Barack Obama (kiri) dan Mitt Romney (kanan). |
NAIROBI: Seorang ibu muda Kenya menamakan anak kembar yang baru dilahirkan sempena presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik semula dan pesaingnya, calon Republikan.
Milicent Owuor, 20, melahirkan anak kembar lelaki kemudian diberi nama Barack Obama dan Mitt Romney kelmarin di Hospital Daerah Siaya, di barat daya Kenya, menurut akhbar Standard.
Milicent memberitahu akhbar itu, nama anak kembarnya itu akan sentiasa mengingatkan dia kepada pilihan raya Amerika Syarikat.
Hospital itu berdekatan dengan Kampung Kogelo, di mana bapa Barack Obama dilahirkan dan nenek tirinya, Sarah Obama yang berusia 90 tahun masih tinggal.
Penduduk di Kogelo dilaporkan bersorak gembira atas kemenangan Obama.
Standard melaporkan, sorakan “Hidup Anak Kogelo” dan “Obama datang, beri jalan kepadanya” bergema dicelah tiupan vuvuzela sebagai meraikan kemenangannya.
Joseph Onyango berkata, “Sekiranya Obama tidak menang, saya percaya kebanyakan projek di sini akan tergendala.”
Rakyat Kenya berharap perlantikan semula Obama akan memberi permulaan baru untuk hubungan antara AS dan Kenya, lapor Reuters.
Menurut Reuters, Obama melawat negara pinggir Sahara itu sekali saja ketika penggal pertamanya selama empat tahun sebagai presiden, lawatan kurang sehari di Ghana.
Sekiranya Obama melawat Kenya, mungkin si kecil Barack dan Mitt akan dapat bertemu Presiden AS itu.
Belum ada berita lagi sekiranya ada kembar yang dinamakan sempena Joe Biden (Naib Presiden) dan pesaingnya, Paul Ryan. [Sumber]
No comments:
Post a Comment