Ni apa ceritanya kat sini?

Apple lancar iPad Mini, tablet kecil di pasaran

Phil Schiller memperkenalkan iPad Mini di San Jose, semalam.
Phil Schiller memperkenalkan iPad Mini
di San Jose, semalam. 

SAN JOSE - Apple memperkenalkan tablet yang dinamakan, iPad Mini, yang dinanti-nantikan peminatnya di sini, semalam. 

Pengenalan iPad Mini ini mengakhiri penantian hampir setahun. 

Produk terbaru ini seberat 300 gram dan ketebalannya 7.2mm. Ia berada di pasaran kira-kira enam bulan selepas iPad generasi ketiga diperkenalkan. 

Harga pengenalan dianggarkan AS$329 (sekitar RM1,000). 

Keluasan skrin iPad Mini 7.9 inci (20.1 sentimeter). 

Berbanding penggunaan plastik untuk menghasilkan Google Nexus 7, iPad Mini menggunakan aluminium. 

Dalam kenyataan dikeluarkan, Naib Presiden Kanan (Pemasaran) Apple, Phil Schiller berkata, berdasarkan sambutan sebelum ini, pihaknya yakin dapat menjual lebih daripada 100 juta set. 

[Sumber


1 comment:

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...