Ni apa ceritanya kat sini?

Tapir sesat dikejar anjing

Tapir yang ditemui sesat ke perkampungan Orang Asli Bukit Payung, kelmarin.
Tapir yang ditemui sesat ke perkampungan Orang Asli Bukit Payung,
kelmarin. 

ALOR GAJAH – Penduduk di perkampungan Orang Asli Bukit Payung, Taboh Naning, di sini, gempar apabila seekor tapir dewasa lari lintang-pukang masuk ke kampung itu akibat dikejar sekumpulan anjing, pagi kelmarin. 

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, tapir berkenaan ditemui dalam keadaan cedera di badan dipercayai dicederakan binatang buas sebelum tersesat di kebun getah penduduk. 

Penduduk, Mohd Erwan Ridwan Abdullah, 26, berkata, dia yang berada di rumah ketika itu terdengar bunyi riuh rendah dan mendapati seekor tapir dikejar sekumpulan anjing. 

“Melihat tapir berkenaan dalam ketakutan, kami segera mengejarnya yang lari ke arah projek pembinaan landasan kereta api dan menghalau anjing dari terus mengejarnya. 

“Kami mengepung tapir yang terperangkap di sebalik tembok pagar landasan namun tidak berani menangkap nya sebelum saya mengambil tali di rumah untuk menjerat kakinya,” katanya. 

Menurutnya, sejurus kaki belakang sebelah kiri tapir itu masuk ke dalam jerat, penduduk segera menariknya namun kedudukan jalan yang bercerun mengakibatkan haiwan itu tergelincir dan tidak boleh naik ke atas. 

“Melihat keadaan tapir yang tidak berupaya bergerak, kami ikat kedua belah kakinya dan menggunakan kayu untuk dijadikan kandar sebelum cuba membawanya naik dengan kekuatan 12 penduduk. 

“Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawanya naik ke atas sebelum dimasukkan ke dalam pacuan empat roda dan ditambat di kawasan balai raya,” katanya. 

Menurutnya, pada mulanya penduduk sepakat untuk melepaskan semula tapir itu ke dalam hutan namun setelah melihat keadaannya yang cedera mereka segera menghubungi pihak berkenaan. 

Ketua Operasi JPAM Alor Gajah, Hamidah Puteh berkata, tapir berkenaan diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada Perhilitan. 

[Sumber


2 comments:

  1. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx pakjoe sudi terjah dan follow blog ini sekali..(^_^)
      ok nanti saya terjah kembali... :D

      Delete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...