Ni apa ceritanya kat sini?

Alasan pelik tuntut insurans telefon bimbit

Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

London: Kita mungkin tidak pernah dengar kejadian seseorang yang hilang telefon bimbitnya selepas alat komunikasi itu termasuk ke dalam perut lembu atau memasaknya. 

Namun, dua kejadian itu antara yang dimaklumkan kepada pekerja syarikat insurans oleh pelanggan yang membuat tuntutan pampasan sejak 12 bulan lalu. 

Antara alasan paling pelik syarikat insurans itu adalah kisah petani di Devon yang mendakwa telefonnya termasuk dalam dubur lembu. Petani itu berkata, alat komunikasi berkenaan dipegangnya ketika membantu seekor lembu beranak, lapor akhbar, di sini.. 

Alasan kedua paling pelik membabitkan seorang wanita berusia 40-an di Nottingham. 

Dia mendakwa termasak alat itu ketika membuat kek untuk anak perempuannya menyambut hari jadi. 

Seorang wanita 30-an pula berkata, telefonnya dirampas seekor burung di Barry Island, Wales. 

Seorang wanita berusia 20 tahun di Bristol pula mendakwa gegaran telefonnya tidak berfungsi ketika menggunakan alat itu untuk tujuan peribadi. 

Dalam satu lagi kes, seorang pekerja berusia 40 tahun berkata, telefonnya terjatuh ketika mahu duduk di mangkuk tandas. 

Seorang lagi lelaki berisia 30-an mendakwa, ketika merakamkan aksi monyet dari dalam keretanya di Tamah Safari Longleat, seekor monyet naik ke bumbung kenderaan dan merampas alat itu daripadanya. 

[Sumber


1 comment:

  1. muahahah kan bagus kalau dekat Malaysia pon boleh claim insurans mcm ni mesti belambak lagi alasan yang boleh kita dengar.

    Jal ajak baca ni Zulfahmi bakal mengharumkan Malaysia

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...