Ni apa ceritanya kat sini?

Capaian Internet Berkelajuan Tinggi



KELAJUAN capaian Internet bergantung kepada kapasiti akaun servis Internet yang dilanggan. 

Namun begitu, terdapat beberapa kaedah atau panduan penggunaan komputer yang boleh diamalkan untuk dapatkan prestasi kelajuan capaian internet pada tahap optimum daripada kadar kapasiti yang dilanggan. 

1. Cuba dapatkan masa yang sesuai untuk melayari Internet iaitu masa pada ketika dijangkakan tidak ramai orang-orang lain melayari internet seperti di awal pagi dan sebagainya. 

2. Nyah pasangkan program-program tambahan atau add-on program pada pelayar web atau Internet yang digunakan. Program-program tambahan ini akan memberi fungsi tambahan kepada pelayar internet dan seterusnya akan memberi kesan kepada kelajuan capaian Internet. 

3. Sentiasa mengemaskini sistem pengoperasian yang digunakan. Pastikan sistem pengoperasian yang digunakan adalah versi yang terkini dan stabil. 

4. Sentiasa mengosongkan kandungan cache yang terdapat pada pelayar Internet. Ini akan memberikan keadaan yang bersih pada komputer digunakan. 

Di samping itu, kaedah sambungan Internet juga akan menjadi mudah dan berfungsi dengan lebih baik. 

Ini kerana kandungan cache pada pelayar web akan mengambil banyak ruang yang terdapat dalam memori komputer memberi kesan buruk kepada prestasi komputer dalam memberi maklum balas pada permintaan sambungan Internet. 

Sekiranya menggunakan capaian Internet tanpa wayar, pastikan penggunaannya selamat dan lokasi capaiannya juga dalam keadaan yang baik. 

Ini kerana sekiranya ada orang lain yang menggunakan akaun internet tersebut akan menyebabkan capaian Internet menjadi perlahan. 

Begitu juga dengan lokasi yang tidak baik akan menyebabkan isyarat capaian Internet akan menjadi lemah dan perlahan. 

Pengurusan capaian jalur lebar internet juga boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti QoS Packet Scheduler bagi mendapatkan prestasi kelajuan Internet yang dikehendaki. 

Bagaimana pun, ia perlu dikonfigurasikan dengan baik dan cekap. 

Penggunaan pelayar web dengan konfigurasi dan penggunaan yang baik dan betul juga dapat menyumbang kepada pengoptimuman kelajuan capaian Internet. 

Di samping itu, sekiranya prestasi komputer yang digunakan untuk melayari internet dapat ditingkatkan, ia juga boleh mempengaruhi kelajuan capaian Internet. 

Peningkatan prestasi komputer boleh dilakukan seperti membuat penyelenggaraan yang teratur, kemas kini program-program komputer, mengimbas komputer dengan perisian keselamatan, membuang fail-fail yang tidak diperlukan dan lain-lain. 



2 comments:

  1. @fakhruddin: yap, tentu sekali. itulah yang saya nak kongsikan di sini. apa pun, terima kasih atas komen anda :D

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...