Ni apa ceritanya kat sini?

Majlis Perkahwinan Di Dalam Gelanggang Tinju

No comments:
MANUEL ANTELMO CASTRO dan isterinya, 
Vicky Rodriguez berdiri di tepi gelanggang tinju 
di Cancun, Mexico kelmarin. 
CANCUN, Mexico - Seorang peminat tinju, Manuel Antelmo Castro melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Vicky Rodriguez di dalam gelanggang tinju di sini kelmarin. 

Mereka melangsungkan perkahwinan itu sebelum perlawanan tinju antara Alfredo 'Perro' Angulo dari Mexico dan petinju Amerika Syarikat, James 'Mandingo Warrior' Kirkland. 

Pertandingan itu melibatkan kategori super welterweight. Dalam pertandingan itu, Kirkland yang berkulit hitam berjaya mengalahkan Angulo dalam pertarungan yang berlangsung selama enam pusingan. Bekas juara tinju dunia keturunan Mexico, Oscar De La Hoya menjadi saksi dalam majlis perkahwinan itu. - Agensi 




Cara Nak Buat Website Google Berpusing

No comments:
Sumber: Google 

Nak tahu cara nak buat website Google berpusing? Lihat cara-caranya kat bawah ni. 

1 - Buka Page Google menggunakan Google Chrome 
2 - Taip DO A BARREL ROLL 
3 - Tekan Enter 

Sila gunakan Google Chrome sahaja untuk menampakkan kesan yang menarik...! 

Sumber: Facebook 

Macam ni rupanya website Google bila berpusing.... 



Download : Angry Birds Season v2.0.0

No comments:
Salam. Apa khabar semua? Sihat, kan? Hehehe.... Oklah, tak payah bebel banyak-banyak, terus bukak cerita jer. Hari ni, nak cerita pasal game Angry Birds pulak. Rasanya, baru tak sampai sebulan aku post blog pasal game Angry Birds Season v1.5.1, tiba-tiba sudah ada update terbaru game Season ini..... 


Dapat RM311,400 Selepas 520 Hari Dikurung

No comments:
ENAM kru antarabangsa bergambar selepas mereka keluar dari sebuah 
kapsul di sebuah pusat penyelidikan angkasa lepas di Moscow semalam. 


MOSCOW - Sekumpulan kru penyelidik antarabangsa akhirnya keluar dari sebuah kapsul selepas 520 hari dikurung di sebuah pusat penyelidikan angkasa lepas di sini. 

Semua kru lelaki itu yang terdiri daripada tiga rakyat Rusia, seorang lelaki Perancis, seorang warga Itali dan China telah tinggal dalam kurungan tersebut sejak Jun 2010. 

Mereka dikurung untuk menjalani suasana dikurung, tekanan dan kepenatan dalam satu eksperimen perjalanan jauh ke planet Marikh. 

Kru itu berkomunikasi dengan pihak penganjur dan keluarga masing-masing menerusi Internet yang sengaja diganggu untuk menggambarkan suasana sebenar di angkasa lepas. 

Mereka makan makanan bertin sama seperti yang terdapat di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. 

Pihak penganjur menyatakan, setiap kru sukarela itu akan dibayar kira-kira AS$100,000 (RM311,400). 

"Kru-kru antarabangsa sudah menamatkan misi 520 hari," kata Komander Alexei Sityov salah seorang penyelidik yang terlibat dalam eksperimen tersebut kepada bos agensi angkasa lepas Rusia selepas dia keluar dari kapsul itu.

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...