Ni apa ceritanya kat sini?

Download : Angry Birds Rio (Full Version)

No comments:


Dalam entri terbaru ini, aku nak share kat korang semua, link download game Angry Birds Rio ini. Bukan satu, tetapi TIGA link. Senang. Kalau satu tak boleh pakai, boleh la try yang lain pulak, hehehe.... Link-link tersebut terdiri daripada:
  • Angry Birds Rio Full Version (Versi MrPiratz.com)
    • Link Download : Klik SINI
    • Lepas klik link kat atas itu, klik button "SKIP AD". Itu saja.
    • Tutorial tukar game dari "Demo Version" kepada "Full Version", sila rujuk di SINI
  • Angry Birds Rio Full Version With Crack #1
    • Link Download : Klik SINI
    • Lepas klik link kat atas itu, klik button "SKIP AD". Itu saja.
  • Angry Birds Rio Full Version With Crack #2
    • Link Download : Klik SINI
    • Lepas klik link kat atas itu, klik button "SKIP AD". Itu saja.

Jadi, isi dari ketiga-tiga file "compressed" di atas ini memang tak semestinya sama..... ada lebih, ada kurang....  hohoho...


Selain dari game Angry Birds Rio, ada jugak link download game Angry Birds yang biasa punya,.... Link dia ada dua, satu, versi pertama, satu lagi, versi terkini.....

Link Download
(Nota: Lepas klik mana-mana link kat atas itu, klik button "SKIP AD". Itu saja.)

[Nota: Jika terdapat mana-mana game yang korang cuba nak bukak, dan tiba-tiba pulak keluar mesej error msvcp100.dll, sila muat turun Microsoft Visual C++ 2010 Redistributable Package melalui pautan berikut: http://goo.gl/Oi6o   - (info dari MrPiratz)] 



Lintah Raksasa Serang Kampung Jawa Tengah

No comments:
SEORANG pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo menunjukkan seekor lintah raksasa 
yang melekat pada tangan kirinya di Desa Timbol Sloko, Demak, Jawa Tengah semalam. 


DEMAK - Penduduk di Desa Timbul Sloko, Demak, di Jawa Tengah kini berada dalam kebimbangan ekoran serangan lintah raksasa di kawasan berair dan jalan yang basah akibat hujan, lapor akhbar dalam talian, Kompas.com semalam. 

Seorang penduduk kampung itu, Satiman, 36, berkata, bentuk lintah tersebut kelihatan berbeza dengan lintah darat. 

Ratusan haiwan tersebut muncul selepas banjir kilat surut. 

Menurut Satiman, kehadiran lintah yang bersaiz lima kali ganda daripada biasa itu menyebabkan penduduk kampung buntu untuk mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut. 

Ketua Tentera Daerah Kecil Sayung, Arief Sudaryanto berkata, lintah yang sama turut ditemui di Desa Sidogemah dan Sriwulan. 

Dia menjelaskan bahawa jenis lintah itu belum diketahui tetapi penduduk kampung tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan mereka. 

Seorang lagi pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo berkata, penduduk kampung tidak perlu takut kerana lintah tersebut tidak menghisap darah. 

"Sudah 15 minit ia melekat di tangan, lintah ini tidak menggigit saya," katanya. - Agensi 

Petikan: KOSMO



Moyang Dinobat Lelaki Paling Banyak Tatu

No comments:
TUBUH Tommy Wells dipenuhi 
dengan 1,000 bentuk tatu. 
MANCHESTER - Seorang moyang berusia 69 tahun, Tommy Wells dinobatkan sebagai lelaki yang memiliki paling banyak tatu pada tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam. 

Dia memiliki 1,000 tatu pada tubuhnya seperti di lengan, perut, kaki, tangan dan kemaluannya selepas menghabiskan masa selama 52 tahun untuk memiliknya. 

Tatunya yang terakhir mempunyai ayat cinta yang menyatakan perasaan cintanya terhadap isterinya yang sudah meninggal dunia. 

Isterinya, Sandra meninggal dunia tujuh tahun lalu semasa berusia 61 tahun kerana penyakit diabetes. 

Wells dan isterinya itu menjalin hubungan semasa mereka bersekolah menengah dan mula keluar temu janji semasa kedua-duanya berumur 13 tahun. 

Dia mula bertatu sejak berumur 17 tahun dan telah membelanjakan ribuan pound sterling bagi memenuhi hobinya itu. 

Menurutnya, dia tidak lagi bertatu kerana semua bentuk tatu yang diidamkannya telah dimilikinya. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Aku Dan Angry Birds

2 comments:

Salam, kepada semua rakan-rakan blogger dan follower blog ini..... Lama jugak aku tak mengarut dalam blog sendiri, hehehe.....tak de idea.... Ntah, kenapa yer, tiba-tiba ada pulak idea nak mengarut kat sini.... Yer la,  nak buat kisah diri sendiri untuk hujung bulan ini. Tak tahu la, korang suka ker tak cerita aku ni..... Ini, cerita pasal aku dan "Angry Birds"...

Sebenarnya, aku ni baru beberapa bulan jadi peminat game Angry Birds,..... entah aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh minat game tu.... Nak bagitau korang sebabnya, memang lawak la bunyi dia..... 

Mulanya, aku langsung tak tahu apa-apa pasal Angry Birds ni. Namanya pun tak pernah dengar pulak sebelum ini. Hei, maklum saja la, orang kampung ler katakan,.... Tapi, kalau tak silap, masa tu, sekitar bulan 2 atau bulan 3, Angry Birds sudah menjadi fenomena sedunia,..... So, korang carik ler dalam Facebook ker, Twitter ker, masa tu, memang tak habis-habis cerita pasal game tu...... Hai, tak tahu la, apa yang best sangat game ini......

Sehinggalah akhirnya, aku mula mengenali game itu, apabila terjumpa link download game Angry Birds untuk komputer dalam satu fanpage FB feberet aku...... Lepas download, terus main game itu dalam laptop aku.... Main, main, dan terus main..... sehingga timbul rasa seronok dan 'jatuh cinta' dengan game ini, hinggakan anak sedara aku pun sama-sama suka main game ini.... Kemuncak dari kegilaan aku terhadap game ini, aku buat la satu entri berkaitan game Angry Birds dalam blog ini. Dalam entri itu, ada la sikit cerita dan fakta pasal game ini, pastu, siap letak link download game ini sekali. Nak tahu, klik SINI .

Cakap pasal teknik nak main game ini, alahai, sempoi giler, setakat main lastik jer,... Tapi, korang jangan main-main, nak main lastik dalam game itu pun kena tahu teknik dia....kalau tak, tak naik-naik la level game korang, tu, ...hahaha...

Mungkin jugak, sebab karekter-karekter dalam Angry Birds ni comel-comel belaka, ....errrr terutama sekali 'burung-burung marah' tu :) .... keshian, kannn........ Telur-telur dorang sendiri yang jaga dengan susah payah tu, senang-senang jer kena kebas dek kumpulan vavi hijau yang 'macam harem' tu... huhuhu.... :(

Haa, macam tu la cerita aku bila sudah 'gila' dengan 'burung-burung marah' ni..... errr Angry Birds daa.......

(Lupa plak, sebelum korang blah, jom layan jap video kat bawah ni, hehehe)




Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...