Ni apa ceritanya kat sini?

"Bola, Laser, Julia Perez, Gombal"

Malam tadi, aku ada tengok tv pasal final kedua kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki, antara Malaysia - Indonesia, di Jakarta. Aduh,.. perasaan bercampur baur bila tengok final tu, happy sebab Malaysia dapat 1 gol, dan tergamam bila bolos 2 gol... Apa pun, yang penting, Malaysia dah jadi juara buat kali pertama untuk Piala AFF Suzuki tahun ini. TAHNIAH buat team 'Harimau' Malaysia di bawah kendalian K Rajagobal. TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH !!!


Tapi, cerita tu tak habis lagi,... jam 10 malam-3 pagi, aku start berfacebook sambil mengejas dan mengedit blog ini. Kebetulan pulak, kat facebook, masa tu tengah panas cerita pasal Malaysia jadi juara sulung Piala AFF Suzuki, kalahkan Indonesia. Tak kurang jugak pengguna facebook indon yang tak habis-habis mencarut, memaki dan menghina kita, seolah-olah tak boleh terima kenyataan yang skuad 'garuda' kebanggaan diorang  tumpas 'dibaham'  dek team 'harimau' kesayangan kita di tempat diorang sendiri... Dahlah tu, macam-macam cerita yang tak sedap didengar keluar kat dalam facebook, berlaku sebelum final ni..... mula-mula isu penjaga gol indon dakwa disuluh laser pada mukanya kat Bukit Jalil, Jupe (Julia Perez) nak tayang 'nasi lemak 50 sen' dia kat pemain-pemain Malaysia kat stadium di Jakarta, laman web RTM kena hack dek hacker indon, penyokong indon gelarkan jurulatih team kita K Rajagobal, dengan gelaran si 'RajaGombal' (dalam bahasa indon, gombal bermaksud kain buruk untuk mengelap kotoran - sumber dari Berita Harian Online @ FB), pemain-pemain Malaysia berlatih kat sebelah hotel (tak selamat berlatih kat padang) pun kena kacau dek penyokong indon....mmm.....apa lagi nak cakap? Tu jer  la!! 

Sekali dengar, semua cerita macam tu, bunyinya agak negatif, tapi yang positifnya, ia telah mendedahkan pekung sebenar penyokong sang garuda ni... Itu yang pasti. Apa pun, syukurlah, selepas 2 final berturut-turut, akhirnya, Malaysia juara, secara agregat 4-2, berkat dari hasil usaha serta halangan dan dugaan yang dihadapi anak-anak buah K Rajagobal sejak awal hingga akhir..... Dan, tak lupa, usaha terbaik yang ditunjukkan skuad garuda pimpinan Alfied Riedl yang bermati-matian mencari kemenangan dengan sokongan moral penyokong-penyokong diorang...dan semoga penyokong-penyokong sang garuda 'berbangga' dan 'berpuas hati' dengan hasil yang diorang dapat tu... "Buat apa kamu nak caci-caci, hina-hina Malaysia, hanya karena sepak bola? Nggak ada faedahnya kamu buat begitu,  apa kamu dapat, dong....!"

P/S:  Safee Sali dapat anugerah penjaring terbanyak dalam kejohanan itu, dengan 5 gol.


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...