![]() |
| Professor Elias Siores (Universiti Bolton) menunjukkan fabrik yang boleh menjana kuasa elektrik menggunakan tindak balas pergerakan. |
Pengecas hibrid dicipta
KITA sering berhadapan dengan masalah untuk mengecas telefon bimbit dan komputer riba jika berada di luar kawasan rumah atau pejabat.
Bagaimanapun, sekumpulan saintis di Institut Penyelidikan Bahan dan Inovasi di Universiti Bolton cuba menyelesaikan perkara itu dengan mencipta objek sekeliling yang bertukar sebagai penjana kuasa elektrik.










