Ni apa ceritanya kat sini?

Video : Usop Wilcha [Hantu Kak Limah] @ ABPBH 2010

No comments:


Hahaha... lawak giler si Usop Wilcha ni masa ABPBH 2010 hari Ahad lepas.....bagi akulah, yang paling best ialah apabila selepas dia bercakap "Sila angkat tangan macam saya...!" (sebab dalam situasi bersiap sedia nak umumkan siapa Bintang Popular tahun 2010, yang akhirnya, korang sendiri pun sudah tahu, jatuh kepada Shaheizy Sam). Apa lagi,...gamatlah satu dewan bila dia suruh semua orang disitu angkat tangan sambil melambai-lambai, macam biasa dia buat...

adf.ly - Buat Duit Dengan URL Pendek

2 comments:

Ingin aku nak katakan sesuatu dalam post terbaru ini...... mulai dari post ini jugak, setiap link bagi maklumat berkaitan download fail seperti lagu, video dan sebagainya, akan menggunakan URL pendek (shorten URL) dari adf.ly... Kenapa aku pakai adf.ly? Ce cite ce cite....

Pokok Oren Berbuah Lemon

No comments:
JULIET NISBET keliru apabila pokok orennya mengeluarkan buah lemon.

LOTHIAN TIMUR, Britain - Pelik tapi benar! Itulah yang dialami seorang jururawat di sini, Juliet Nisbet, 48, apabila pokok oren berharga £15 (RM73) yang dibelinya sembilan tahun lalu turut mengeluarkan buah lemon. 

"Semasa mula melihat pokok oren setinggi hampir satu meter itu mengeluarkan buah lemon, saya amat terkejut tetapi menganggap ia satu 'anugerah teristimewa' untuk diri saya," kata Nisbet. 

Menurutnya, dia masih belum merasa buah lemon yang berbentuk bola ragbi itu kerana menunggu buah lemon itu benar-benar masak. 

Pokok oren tersebut kini mempunyai 25 buah oren dan empat buah lemon pada dahan-dahannya. - Agensi 

Petikan: KOSMO, Selasa, 5-4-2011, m/s 45 (Dunia)


TV Tertua Di Britain Dilelong

No comments:


LONDON - Set televisyen tertua di Britain yang dipasang pada 1936, akan dilelong pada harga bidaan bermula £5,000, (RM24,415), lapor sebuah akhbar semalam. 

Set televisyen jenis Marconi 702 itu yang didatangkan dengan skrin berukuran 30.48 sentimeter, masih berfungsi dengan baik walaupun sudah beroperasi selama 75 tahun. 

Ia dibeli pada harga bawah £100 (RM488) oleh seorang lelaki, G. B. Davis selepas tiga minggu siaran televisyen bermula di Britain. 

Pada masa itu, cuma terdapat satu saluran di Britain yang bersiaran selama tiga jam setiap hari. 

"Set ini dijual oleh keluarga pemilik asalnya (telah meninggal dunia) dan merupakan televisyen tertua di Britain yang masih berada dalam keadaan baik," kata pakar agensi lelongan Bonhams yang mengendalikan lelongan itu, Laurence Fisher. - Agensi 

Petikan: KOSMO

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...