![]() |
Orang ramai memerhatikan empat lembu curi yang disuntik pelali sebelum disumbat dalam sebuah kereta Proton Wira yang ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas, Kulim, Kedah, semalam. |
Cubaan curi empat lembu gagal
KULIM - Cubaan dua lelaki untuk mencuri empat ekor lembu dengan cara membius sebelum menyumbat kesemua haiwan itu di dalam sebuah kereta semalam, tidak berjaya selepas kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas di sini kerana rosak.
Kesemua lembu itu disumbatkan di dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan yang telah diubah suai di ruang tempat duduk penumpang belakang.