![]() |
| Apartmen Hamilton menyediakan garaj di dalam kediaman penduduk. |
Pemilik rumah apartmen atau kondominium sering mengalami masalah untuk memakir kereta mewah mereka kerana khuatir ia mungkin akan menjadi objek vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun, penduduk di Singapura tidak lagi akan menghadapi masalah itu kerana sebuah apartmen eksklusif 30 tingkat yang menelan kos antara 6 juta pound (RM30 juta) dan 15 pound (RM74 juta) telah siap menyediakan garaj di dalam kediaman mereka.










