Ni apa ceritanya kat sini?

Pasar Raya Musnah Dalam Kebakaran Di Bera

No comments:
Gambar hiasan. Sumber: Google 

BERA: Sebuah pasar raya musnah dalam kebakaran di pekan Kerayong di sini, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahid Mohamed Noor, berkata kebakaran pada 2.45 pagi itu disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut apabila ternampak asap dan api dipercayai dari kedai menjual cakera padat yang terdapat dalam pasar raya itu. 

Beliau berkata, anggota polis itu kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat sebelum dua jentera bersama 17 anggota dari balai bomba Triang dan Temerloh tiba 10 minit kemudian. 

"Kedai lain yang terdapat dalam pasar raya terbabit termasuk kedai pakaian, kedai makan dan kedai cakera padat serta gelanggang futsal turut musnah dalam kebakaran itu," katanya ketika dihubungi. 

Zahid berkata, kerugian yang dialami pengusaha pasar raya dan tujuh peniaga di bangunan itu masih belum ditaksirkan tetapi dianggarkan melebihi RM1 juta. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. 

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, M Manoharan berkata 95 peratus bangunan itu hangus terbakar. - Bernama 



Hotel Tergantung Di Puncak Gunung

1 comment:


ROM - Bagi anda yang tidak mempunyai masalah gayat, mungkin boleh mencuba hotel di tepi cenuram puncak gunung Mont Blanc, Itali. 

Hotel kabin berbentuk silinder dihasilkan syarikat Itali, Leap, diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter. 

Menurut Leap, hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki. 

Rekaan mesra alam dengan kos penghasilan 214,000 pound (RM1.05 juta) itu dilengkapi 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung Mont Blanc. 

Struktur kayu itu dibina supaya dapat menahan tekanan di kawasan tinggi dan boleh dipindahkan menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar. 

Sumber  


Menara Besi Unik Di Taiwan

No comments:


TAIPEI - Bakal menghiasi ruang udara bandar Taichung di Taiwan, struktur besi mengagumkan ini mungkin akan menjadi antara bangunan paling menarik di dunia. 

Menara Taiwan setinggi 305 meter ini akan dihasilkan menggunakan ribuan batang besi dan membentuk struktur segi tiga. Ia akan menempatkan sebuah taman bumbung, iaitu yang tertinggi di dunia untuk dinikmati pelawat. 

Dengan ketinggian sama seperti Menara Eiffel di Perancis, bangunan ini adalah hasil idea arkitek dari Jepun, Sou Fujimoto yang memenangi pertandingan antarabangsa untuk mereka bangunan itu. 

Dijangka siap pada 2017, bangunan dengan kos mencecah 6.59 bilion dolar Taiwan (RM688 juta) itu akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti air hujan dan solar untuk keperluan tenaga. 



Mercedes Berhias Emas, Delima Untuk Dijual

No comments:
SEORANG model bergaya dalam kereta Red Gold Dream SLR 
yang dihiasi emas dan batu delima. 


GENEVA, Switzerland - Seorang usahawan Switzerland, Ueli Anlicker mahu menjual sebuah kereta Mercedes-Benz SLR McLaren miliknya yang berhias emas dan delima pada harga AS$11 juta, lapor akhbar MailOnline kelmarin. 

Kerja pengubahsuaian kereta unik itu yang dinamakan Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream, mengambil masa 30,000 jam dengan kos AS$4.3 juta. 

Menurut Anlicker, dia menerima tawaran daripada beberapa pembeli dari Asia Barat dan China untuk kereta tersebut. 

Kenderaan itu turut dihias dengan emas 14 karat dan 500 butir batu delima sekali gus menjadikan ia unik. 

Setiap rim tayar kereta itu bersadur emas 24 karat, begitu juga kerangka lampu dan bahagian ambang pintu. 

Kereta itu dijana enjin berkapasiti 5.4 liter yang diubah suai untuk menjana 999 kuasa kuda. Ia memiliki kelajuan lebih 336 kilometer sejam. - Agensi 



Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...