Ni apa ceritanya kat sini?

Tutorial : Tambah Widget "Numbered Page Navigation" Pada Blog Blogspot


Contoh "Numbered Page Navigation" yang digunakan pada blog ini

Sebelum bercerita tentang "Numbered Page Navigation" untuk blog (khususnya blogspot), adalah lebih baik kita fahami apakah maksud "Page Navigation" itu sendiri. "Page Navigation" atau "Navigasi Halaman" bermaksud: "A navigation page is a special type of page that can be added to other pages to provide a consistent set of navigational elements. A typical navigation page might contain a logo, the page title, a login link, and a link to the home page.(Navigasi halaman ialah sejenis halaman khas yang boleh ditambah ke laman-laman lain untuk menyediakan satu set elemen navigasi yang konsisten. Navigasi halaman yang biasa mungkin mengandungi logo, tajuk halaman, link login, dan link ke halaman rumah. (Sumber: http://www.istc.org)). 

Secara amnya, "Page Navigation" bagi blog (khususnya, blogspot), biasanya terletak di bahagian bawah setiap post (dekat ruang komen), dan juga laman utama (home). Kebiasaannya, terdapat 3 label button "Page Navigation" sahaja yang digunakan, iaitu:
  • Home (Laman Utama)
  • Newer Post (Catatan Terbaru)
  • Older Post (Catatan Lama)


Page Navigation yang standard dalam blog Blogger.com (*.blogspot.com) 

Berbeza dengan blog wordpress self-hosted dan sesetengah website biasa, "Page Navigation" yang digunakan adalah jenis bernombor. Bezanya, jenis ini yang lebih dikenali sebagai "Numbered Page Navigation", cuma terdapat di bahagian bawah laman utama (home) bagi blog WP dan website sahaja (bergantung pada template blog dan website itu sendiri). Sebaliknya, di bahagian bawah ruang komen setiap post (blog dan website), ia juga menggunakan format "Page Navigation" biasa, seperti label "Home", "Older Post" dan "Newer Post", sama macam blogspot, ataupun lebih cantik lagi, menggunakan ikon rumah bagi "Home" dan arrow bagi "Newer Post / Older Post".

Jadi, korang tentunya jeles bila tengok Numbered Page Navigation yang cute ini, ada pada blog ini, kan? Hehehe... Tapi korang jangan risau, korang akan dapat jugak Numbered Page Navigation yang aku pakai ni, dalam bentuk widget untuk korang bubuh kat blog korang sendiri,.... Senang sangat,....so, korang cuma ikuti cara-cara nak membuatnya....


Macam mana caranya?

Mula-mula, korang login akaun blogger.com korang sendiri.

Seterusnya: Dashboard > Klik Nama Blog > Layout > Add a Gadget > Pilih "HTML/Javascript"

Copy kod HTML di bawah ini.


Oren

Kemudian, perhatikan 2 kod ini:

var postperpage=6;
var numshowpage=3;

- Kod var postperpage=6; ialah jumlah post yang terpapar pada setiap page (Home). Contohnya, nombor 6 yang ditunjukkan pada kod tersebut, bermaksud 6 post disetkan secara tetap pada setiap page, sama ada page 1, page 2 dan seterusnya.  

- Kod var numshowpage=3; ialah jumlah kotak bernombor (1 kotak bernombor = 1 page) yang terpapar di page Home sahaja. Nombor 3 yang ditunjukkan tadi, bermaksud hanya 3 kotak bernombor sahaja yang disetkan untuk dipaparkan pada page Home.  

Korang cuma ubah nombor-nombor yang di'BOLD'kan pada kedua-dua kod di atas tadi, mengikut kesesuaian blog korang sendiri. 

Kemudian, save dan preview hasilnya.

(Nota: Dicadangkan korang heret (drag) kod HTML bagi Numbered Page Navigation tadi ke bahagian bawah "Catatan Blog (Blog Post)" dan save, seterusnya preview hasilnya.) 

Eh! Ada lagi.... yang atas tu, baru kaler oren jer, ada lagi kaler lain,....so, korang boleh la cuba kaler lain plak.... 

Hitam

Hijau


Merah


Biru


Biru Gelap




======================================================================================

Nak yang transparent, cuba yang ini plak. (Sumber: way2blogging.org)



Lagi, lagi?

Kalau korang tak suka Numbered Page Navigation yang ada kaler macam kat blog ini, takpe. Tak kisah. Itu hak korang. Ada banyak pilihan. Kat bawah ni, ialah link-link blog berkaitan cara menambah Numbered Page Navigation dengan kaedah yang lebih rumit (faham-faham jer la) dan mencabar kesabaran korang (itupun kalau korang tak kisah la). So, korang boleh la terjah ke mana-mana link kat bawah ni dan mencuba sendiri cara membuatnya.... :)


(Link yang aku tunjukkan di atas hanya untuk memudahkan pilihan korang semua, seandainya, semua tutorial yang aku tuliskan di atas mungkin ada yang tidak menjadi atau tidak sesuai untuk blog korang.)

Selamat Mencuba! Happy Blogging !! :)




No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...