Ni apa ceritanya kat sini?

Tali Bungee Putus, Wanita Terselamat

No comments:
Imej yang diambil dari video pada 31 Disember lalu merakamkan 
Erin Langworthy (gambar kecil) melakukan lompatan bungee 
dari pelantar di Jambatan Victoria Falls. - REUTERS 


SYDNEY 9 Jan. - Seorang wanita Australia terselamat selepas terjatuh dari Jambatan Victoria Fall, Afrika dari ketinggian 111 meter dan terjunam ke dalam Sungai Zambezi yang mempunyai buaya apabila tali bungeenya terputus ketika melakukan aktiviti sukan lasak itu. 

Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan Erin Langworthy hanya mengalami luka kecil apabila terjatuh dari jambatan itu. 

''Ketika kejadian itu, saya rasa seperti ditampar berulang kali,,'' kata wanita berumur 22 tahun itu kepada saluran televisyen Australia, Channel Nine. 

Rakaman video menunjukkan tali bungee terputus selepas wanita itu melompat dan menjunam ke dalam sungai. 

Langworthy terpaksa menyelam ke dalam sungai untuk membuka tali yang mengikat kakinya kerana tali itu melekat di batu-batu menyebabkannya sukar berenang. 

''Ia merupakan satu keajaiban kerana saya terselamat daripada nahas itu,'' katanya. 

Seorang menteri Zambia memberi jaminan keselamatan melakukan aktiviti bungee, namun akan membincangkan kejadian itu dengan operatornya. 

''Aktiviti itu menyaksikan lebih 50,000 pelancong menyertainya setiap tahun. Ia sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu,'' ujarnya. - REUTERS 




Cara Nak Backup Bookmark Dalam Web Browser

No comments:
Tutorial kali ini, berkaitan komputer pulak... Hari ni, ditunjukkan cara-cara nak bekap bookmark dalam apa-apa jenis web browser yang korang biasa pakai ni. Tak kira la, Google Chrome ke, Mozilla Firefox ke, Internet Explorer ke, Opera ke, ataupun Safari, semuanya akan diterangkan bersama dalam satu post ini. Lebih mudah dan jelas dengan adanya video sekali!

(Harap maaf yer, tutorial yang ada kat bawah ni, ditulis dalam Bahasa Inggeris, kerana ia dicopy terus dari sumber asalnya, iaitu dari Youtube.) 

Video : How To Save Your Bookmarks in IE, Firefox, Opera & Google Chrome? Youtube ] 




Follower Ke-222

1 comment:

Salam pada semua... ari ni malas nak bebel banyak-banyak. Cuma nak cerita, follower blog ini, dah mencecah angka ke-222. Cantikkan nombor dia? Hehehe. 

Ok la, dipendekkan cerita, kita tengok sapa ler follower bertuah ni yer? Follower tersebut, ialah coretceritaku. Hasil dari review blog coretceritaku ini, difahamkan beliau masih baru dan berjinak-jinak dalam dunia blogging. Setakat ini, cuma 2 posting sahaja yang mengisi blognya yang simple itu, sesuai dengan statusnya dalam dunia blog. 

Dan sebenarnya, aku sendiri sempat follow blog coretceritaku ini, 2 hari lepas, pada 7-1-2012, sebagai follower ke 5. Cuma, masa tu, tak sempat nak blog terus, tentang review blog coretceritaku di sini. Jadi, arini la baru dapat review blog coretceritaku ini secara ringkas.... Dan terbaru, blog coretceritaku kini sudah mempunyai 22 followers.... 

Ok la... setakat ni jer, review blog coretceritaku di sini.... Akhir kata, sudi-sudilah follow dan support blog yang aku sebut banyak kali kat sini... :) 


Buaya Dalam Ruang Tamu

No comments:
Gambar hiasan. Sumber dari Google. 

SYDNEY: Satu keluarga Australia terkejut ketika bangun tidur pagi semalam apabila mendapati seekor buaya 1.7 meter berada dalam ruang tamu rumah mereka. 

Menurut Jo Dodd, dia terjaga daripada tidur apabila anjing peliharaannya menyalak. 

“Kami membuka pintu bilik tidur dan memandang ke ruang tamu. 

“Di situ kami melihat seekor buaya,” katanya. 

Pengalaman itu, kata Jo, sukar digambarkan dengan kata-kata. 

“Bukan selalu anda lihat buaya di ruang tamu, kan?” katanya.

Buaya itu kemudian ditangkap renjer tempatan dan dibawa ke taman buaya berhampiran.

Secara purata, buaya air masin Australia membunuh dua orang setahun, boleh membesar sehingga tujuh meter dan berat sehingga lebih satu tan. - AFP 



Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...