Ni apa ceritanya kat sini?

Hukum menyambung nama isteri dengan nama suami

1 comment:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

‎(Perhatian) BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA.

Ramai wanita muslimah setelah menikah, lalu menisbatkan (mencantumkan) namanya dengan nama suaminya, misalnya: Aisyah menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin". 

Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini? 

Ulat beluncas terbesar ditemui di Switzerland

No comments:
BUERKI menunjukkan seekor ulat beluncas terbesar yang ditemuinya semalam.
BUERKI menunjukkan seekor ulat beluncas terbesar yang ditemuinya
semalam.  

Seorang ahli botani di Bern, Switzerland telah menemui seekor ulat beluncas terbesar yang pernah ditemui di dunia semalam. 

Ahli botani itu, Markus Buerki mendedahkan ulat yang ditemuinya merupakan ulat beluncas dari spesis atlas moth atau attacus atlas

Atlas moth akan bertukar menjadi kupu-kupu dengan lebar sayapnya boleh mencecah lebih 25 sentimeter. 

Ulat beluncas tersebut kini dipelihara di sebuah taman botani di Bern. [Sumber

Mula membaca pada usia dua tahun, kini diiktiraf paling cerdik di dunia

No comments:
Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun diiktiraf dalam masyarakat yang memiliki IQ tinggi Mensa.
Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun
diiktiraf dalam masyarakat yang memiliki IQ tinggi Mensa. 

Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun, Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun, diiktiraf sebagai antara manusia paling cerdik di dunia. 

Sarabi dari Barnsley, South Yorkshire, memperoleh gelaran itu selepas ujian kecerdikan otaknya (IQ) adalah sebanyak 136, menjadikannya seorang daripada satu peratus penduduk dunia paling cerdik. 

Ketulan muntah ikan paus bernilai RM210,502

No comments:
WILMAN dan anjingnya menemui ambergris yang bernilai tinggi ketika berjalan-jalan di sebuah pantai.
WILMAN dan anjingnya menemui ambergris yang bernilai tinggi ketika berjalan-jalan
di sebuah pantai.  

Seorang lelaki di London, Ken Wilman ditawarkan wang berjumlah £43,000 (RM210,502) oleh seorang pembeli dari Perancis untuk muntah ikan paus yang ditemui anjing peliharaannya di sebuah pantai. 

Dia menemui objek itu selepas anjingnya mula menghidu batu yang agak besar dengan tekstur melekit berwarna kekuningan ketika bersiar-siar di bandar Morecambe, barat laut England. 

Muntah yang jarang ditemui itu dipercayai menjadi bahan asas penting untuk penghasilan minyak wangi. 

Wilman percaya objek tersebut adalah sebahagian daripada ambergris, bahan yang ditemui dalam sistem penghadaman ikan paus sperma. 

Ikan paus kadang kala memuntahkan ambergris yang kemudian terapung di permukaan air dan dianggap bernilai tinggi sejak berabad-abad lamanya. [Sumber

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...