Ni apa ceritanya kat sini?
Hari Jilbab atau Hijab Untuk Memperingati Dr Marwah as-Syarbini
Memperingati As Syahidah Dr Marwah as-Syarbini
Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 Julai 2009 terhadap Dr. Marwah as-Syarbini kerana tudungnya. Tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak, sedang mengandungkan tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda jerman keturunan Rusia yang anti islam dan anti muslim. Tidak ramai pula dikalangan orang islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isunya.
Kompleks Beli-Belah Untuk Pelancong Sukan Olimpik
LONDON - Pusat beli-belah Westfield Stratford City di sini mempunyai 150 kedai, 70 restoran, 14 lorong boling dan kasino yang boleh dikunjungi selama 24 jam sehari.
Menurut pengarah pembangunan pusat beli-belah itu, John Burton, beliau berharap ia akan menjadi daya tarikan buat peminat sukan yang datang ke sini untuk menyaksikan Sukan Olimpik yang bermula pada 27 Julai hingga 12 Ogos depan.
Pusat beli-belah itu bernilai AS$2.75 bilion (RM8.69 bilion) dan terletak antara pusat pengangkutan awam dengan pintu masuk ke Taman Olimpik. [Sumber]
Beri Merah Jambu (Pinkberry)
Spesies baru beri biru telah dibiakkan di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Ia digelar beri merah jambu kerana warnanya lebih cerah dan berbeza daripada spesies beri lain.
Bentuknya sama seperti beri biru tetapi rasanya lebih manis dan sesuai untuk dimakan begitu sahaja, atau digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan dibuat minuman.
Ahli Hortikultur AS, mengambil masa 20 tahun untuk membiakkan beri merah jambu ini.
Daun pokok beri merah jambu itu turut berubah warna mengikut musim dan persekitarannya.
Buahnya akan bertukar kepada warna merah jambu terang, apabila ranum sekitar Ogos dan September. Biji benihnya kini telah dieksport untuk kali pertama ke Britain.
Jurucakap Suttons Seeds, Francijn Suermondt berkata, mereka tidak mempunyai buah-buahan yang berwarna terang seperti beri merah jambu tersebut.
“Ia bakal menjadi pilihan utama untuk membuat pai atau mufin kerana rasanya dua kali ganda lebih manis daripada beri biru. Kanak-kanak pasti menggemari buah ini,” katanya. [Sumber]
Subscribe to:
Posts (Atom)