Ni apa ceritanya kat sini?

Restoran Robot di China

No comments:
KANAK-KANAK ini terpegun melihat pelayan robot membawa makanan.
KANAK-KANAK ini terpegun melihat pelayan robot
membawa makanan.
 

Kata orang, satu hari nanti, robot akan melayan manusia, dalam kes ini, boleh dianggap sebagai pembuka selera. 

Sekiranya anda pergi ke restoran ini yang terletak di bandar Harbin, China, anda akan melihat 18 robot, dari pelayan ke tukang masak, hinggalah ke penyambut tetamu, bersedia untuk memastikan pengalaman menikmati makanan yang sempurna. 

Restoran itu mempunyai 18 jenis robot dan setiap satu akan bergerak ke dapur untuk menyediakan makanan anda. Hidangan istimewa di sini termasuklah robot dumpling dan mi robot. 

Sepanyol Juara Euro 2012

No comments:

KIEV - Sepanyol berjaya mempertahankan kejuaraan Euro apabila membenam Itali 4-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev. 

Pasukan bimbingan Vicente Del Bosque itu juga mencipta sejarah menjadi negara pertama meraih kejuaraan secara 3 kali berturut-turut. Empat tahun lalu di Austria-Switzerland mereka muncul juara apabila mengalahkan Jerman 1-0. 

Itali yang tidak diletakkan harapan dalam kejohanan kali ini serta bukan pasukan pilihan ke akhir, tersentak dengan jaringan pembukaan Sepanyol pada minit ke-14 melalui David Silva, sebelum pemain pertahanan, Jordi Alba menambah gol kedua empat minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat. 

Pemain gantian Fernando Torres dan Juan Mata melengkapkan malam gemilang La Roja selepas meledak jaringan pada minit ke-84 dan 88 sekali gus mengesahkan kejuaraan buat kali ketiga tatkala kejuaraan pertama diraih mereka pada 1964 (edisi kedua). [Sumber


Spesifikasi Tablet Google Nexus 7

No comments:
Google Nexus 7

SCREEN
7” 1280x800 HD display (216 ppi)
Back-lit IPS display
Scratch-resistant Corning glass
1.2MP front-facing camera

Jantung Pisang Disangka 'Roket' Merah

No comments:
Ramlah melihat jantung pisang mendongak ke langit yang tumbuh pada batang pokok pisang tumbang.
Ramlah melihat jantung pisang mendongak ke langit
yang tumbuh pada batang pokok pisang tumbang. 

LEDANG – “Saya sangka roket, rupanya jantung pisang,” kata Ramlah Abdullah, 56, selepas terkejut melihat jantung pisang tumbuh mendongak ke langit di kebun belakang rumahnya di Taman Happy Garden, Jalan Payamas, Tangkak, di sini. 

Ramlah berkata, dia menyedari keunikan itu ketika sedang menggoreng kuih karipap di luar dapur rumah, pagi Isnin lalu. 

“Saya berasa pelik apabila lihat objek seakan roket berwarna merah hati, lalu segera ke arah objek ini. Setelah amati dan terkejut mendapati objek ini merupakan jantung pisang yang tumbuh pada pangkal pokok pisang yang tumbang,” katanya kepada Sinar Harian. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...