![]() |
KANAK-KANAK ini terpegun melihat pelayan robot membawa makanan. |
Kata orang, satu hari nanti, robot akan melayan manusia, dalam kes ini, boleh dianggap sebagai pembuka selera.
Sekiranya anda pergi ke restoran ini yang terletak di bandar Harbin, China, anda akan melihat 18 robot, dari pelayan ke tukang masak, hinggalah ke penyambut tetamu, bersedia untuk memastikan pengalaman menikmati makanan yang sempurna.
Restoran itu mempunyai 18 jenis robot dan setiap satu akan bergerak ke dapur untuk menyediakan makanan anda. Hidangan istimewa di sini termasuklah robot dumpling dan mi robot.