Ni apa ceritanya kat sini?

Pengecas Bateri Berkuasa Air Untuk Telefon Bimbit

No comments:
SEBUAH pengecas FC PowerTrekk (kiri) berada di tepi sebuah telefon bimbit yang dipamerkan pada Kongres Telefon Bimbit Sedunia di Barcelona kelmarin. 


BARCELONA, Sepanyol - Sebuah firma Sweden, MyFC mengeluarkan pengecas bateri berkuasa air yang boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit seperti iPhone di luar rumah. 

Pengecas itu menukarkan air menjadi tenaga elektrik. 

Ia yang dikenali sebagai FC PowerTrekk amat berguna kepada pengembara, pekerja bantuan dan anggota tentera. 

Ketua Eksekutif MyFC, Bjorn Westerholm berkata, pengecas itu boleh menggunakan air laut dan air tawar. - Agensi 



Jururawat Kemaruk Span

No comments:
KERRY gemar makan span bersama sos. 


LONDON: Seorang jururawat pergigian semalam mendedahkan bagaimana dia memakan 4,000 span kerana penyakit ganjil. 

Kerry Trebilcock, 21, juga memakan lebih 100 ketul sabun. 

Dia menghidap pica, sejenis penyakit yang menyebabkan mangsa suka memakan barangan bukan makanan. 

Kerry yang berasal dari Mylor, Cornwall berkata: “Satu hari kelak, saya akan mengatasi masalah ini dan mandi atau membasuh baju tanpa merasa lapar.” 

Menurut Kerry, dia suka mencicah ‘snek’ ganjilnya dengan sos cili atau mustard. 

Pengecas Guna Haba Tubuh

No comments:

Penyelidik dari Pusat Teknologi Nano dan Molekul di Universiti Wake Forest telah membangunkan ciptaan sejenis fabrik yang boleh menyerap haba badan lalu menukarkannya kepada kuasa elektrik untuk digunakan sebagai pengecas telefon pintar, iPhone atau komputer riba. 

Dengan hanya menggunakan sentuhan jari, Power Felt boleh mengalirkan kuasa dengan sendiri untuk mengecas alat elektronik. 

Ia berfungsi apabila fabrik itu mengesan perubahan suhu dan haba dari tubuh si pemakai yang kemudiannya akan menghasilkan elektron. 

Salah seorang penyelidik, Corey Hewitt berkata, Power Felt mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu alat kelengkapan kecemasan pada masa hadapan. 

“Selagi tubuh manusia mengeluarkan haba, ia akan menghasilkan voltan secara berterusan,” menurutnya. 



Rendang Maman Gemencheh

2 comments:

JIKA ada yang bertanya, apakah masakan yang sinonim dengan Negeri Sembilan, pasti ramai yang terbayangkan kuah lemak berwarna kekuningan yang kaya dengan ramuan santan dan cili api. 

Baik menggunakan ikan sungai salai, udang galah, ayam kampung mahupun daging yang disalai, masak lemak cili api ini sudah menjadi hidangan wajib bagi penduduk di negeri itu sejak beratus tahun dahulu. 

Namun, selain masak lemak cili api, negeri yang terkenal dengan budaya Minang itu turut popular dengan masakan tradisionalnya iaitu rendang daging lembu. 

Lebih menarik, rendang Minang itu turut disenaraikan sebagai 50 hidangan terlazat di dunia oleh CNN International menerusi pencarian daftar makanan World's 50 Most Delicious Foods pada tahun 2011. 

Kekayaan gastronomi yang diwarisi sejak turun-temurun di Negeri Sembilan turut dipelbagaikan, kebanyakannya melalui perkahwinan dan perpindahan. 

Di pekan Gemencheh yang terletak di daerah Tampin, misalnya, ia sangat popular dengan masakan rendang maman. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...