Ni apa ceritanya kat sini?

Video : Iklan TV Action Pad Paparkan Steve Jobs Bidadari Bersayap

No comments:

Bidadari Steve Jobs Cetus Kemarahan (myMetro) 

TAIPEI: Satu iklan televisyen Taiwan yang memaparkan bidadari yang kelihatan seperti Steve Jobs, lengkap dengan kepak putih, mencetuskan kemarahan orang ramai. 

Pengkritik berkata, iklan itu menghina mendiang pengasas Apple itu. 

Iklan itu menunjukkan seorang pelawak terkenal tempatan, A-Ken berseluar jeans biru dan baju berkolar kura-kura memuji tablet buatan Taiwan yang menggunakan sistem operasi Android Google. 

“Saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah tablet generasi baru. Ia menakjubkan. Akhirnya saya mempunyai satu lagi Pad,” kata Ken. 

Dalam laman facebook, penulis Taiwan, Wu Ruo-Quan menyifatkan iklan itu sebagai ‘cetek’ dan tidak menghormati keluarga Jobs. Jobs meninggal dunia Oktober lalu. 

Sebahagian besar reaksi penduduk Taiwan terhadap iklan itu juga negatif. - AFP 



Tong Sampah Kalis Bom Di London

No comments:
SEBUAH tong sampah kalis bom ditempatkan di tepi 
sebatang jalan raya di London pada Khamis lalu. 


LONDON - Tong sampah kalis bom baharu akan ditempatkan di jalan raya di London menjelang Sukan Olimpik 2012 di sini pada Julai depan.

Tong sampah baharu itu adalah idea dua bekas pelajar London School of Economics.

Sebanyak 100 tong sampah itu akan ditempatkan di daerah kewangan London. - Reuters



Lelaki Mati Ketika Bermain Komputer

No comments:
Chen Rong-yu ditemui mati ketika bermain permainan komputer 
di sebuah kafe Internet di Taipei pada 1 Februari lalu. - agensi 


TAIPEI 3 Feb. - Seorang lelaki Taiwan dilaporkan mati, selepas bermain permainan komputer selama 23 jam terus-menerus di sebuah kafe Internet, kelmarin. 

Menurut laman web berita Apple Daily, anggota polis menemui mayat Chen Rong-yu, 23, tersembam pada kerusi dengan kedua-dua tangannya kaku di papan kekunci dan tetikus di kafe Internet di Taipei. 

Seorang pekerja di kafe Internet itu berkata, Rong-yu datang ke kafe tersebut lewat Selasa lalu dan duduk di hujung terminal komputer. 

Jelasnya, tindakan Rong-yu yang kerap berehat menyebabkan pekerja kafe menyangka dia sedang tidur. 

Pada malam berikutnya, seorang pekerja wanita cuba mengejutkan Rong-yu tetapi mendapati badannya sejuk lalu menghubungi polis. 

Sementara itu, keluarga mangsa berkata, Rong-yu pernah menerima rawatan bagi masalah jantung pada September lalu. 

Polis masih menyiasat punca kematian Rong-yu tetapi mengesyaki keletihan, kekurangan pergerakan dan cuaca sejuk menyebabkan darah beku dan serangan jantung. 

Rong-yu dipercayai sedang bermain permainan League of Legends yang dicipta oleh Garena, sebuah syarikat perkhidmatan permainan yang berpangkalan di Singapura. - DPA 



1,000 Pekerja Facebook Jadi Jutawan

No comments:
SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang 
bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen 
tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada 
Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS. 


LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California. 

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan. 

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...