Tweet |
![]() |
Douglas Engelbart (1925 - 2013) |
Pencipta tetikus meninggal
Los Angeles: Douglas Engelbart yang merevolusikan dunia pengkomputeran dengan mencipta tetikus, meninggal dunia di California pada usia 88 tahun.
Dilahirkan di Oregon, Engelbart belajar dalam bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer pada 1950-an sebelum menyertai Institut Kajian Stanford.
Di sana, dia dan pasukannya mengkaji beberapa konsep yang menembusi aliran perdana komputer seperti e-mel, persidangan video dan beberapa lagi.
![]() |
Tetikus pertama ciptaan Douglas Engelbart. |
Bagaimanapun, Engerlbart lebih dikenali kerana tetikus, yang asalnya ialah kotak kayu dengan dua roda besi serta diberi paten pada 1970.
Dia secara terbuka menggunakannya selama dua tahun sebelum itu pada satu sidang video di San Francisco di depan kira-kira 1,000 orang, acara yang dinamakan ‘ibu segala demonstrasi.’
Engelbart memiliki 12 paten atas namanya. [Sumber]
No comments:
Post a Comment