![]() |
Russel dan anak-anaknya menunjukkan rambut mereka yang hampir mencecah lantai serta menjadi perhatian penduduk setempat di Illinois, Amerika Syarikat. |
"Keluarga Rapunzel"
ILLINOIS - Seorang ibu bersama tiga anak perempuannya dikurniakan genetik rambut panjang hingga digelar Rapunzel oleh penduduk setempat.
Terelynn Russel, 43, berasal dari luar Chicago berkata, rambutnya kini berukuran 1.8 meter panjang, melebihi ketinggiannya.
"Ketiga-tiga anak saya juga dikurniakan rambut panjang hampir mencecah lantai," katanya dalam laporan MailOnline.